Mahkamah tolak saman AKSB terhadap Husam

Mahkamah tolak saman AKSB terhadap Husam

Mahkamah Tolak Saman AKSB
=======================

Pada 29 Mac 2021 yang lepas, Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah membuat keputusan membatalkan saman yang dikemukakan oleh AKSB terhadap saya.

Saman tersebut dibuat kerana saya memohon penjelasan kerajaan negeri berhubung kelulusan tender projek Skim Bekalan Air Merbau Condong Fasa 11 (Pakej 1) yang bernilai RM27.1 juta.

Saya memohon penjelasan berkenaan satu surat tawaran tender projek diberikan kepada Cdah Construction Jangka Prestasi JV Sdn pada 22 Januari 2015 sedangkan ketika itu syarikat berkenaan masih belum didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Saudara saudari boleh merujuk tentang dakwaan saya di pautan berikut :

Berikutan keputusan mahkamah tinggi ini, maka saya berpendapat DAKWAAN SAYA ADALAH BERASAS, perlu diberi perhatian dan disiasat. Saya difahamkan SPRM telah pun bertindak terhadap pengurusan AKSB yang terbabit.

Pendedahan ini adalah bertujuan menjaga dan membela hak rakyat Kelantan yang semakin hari semakin tertekan dengan prestasi dan pengurusan AKSB yang satu-satunya bertanggungjawab dalam membekalkan air yang bersih kepada rakyat.

#mahkamah
#tolaksaman
#aksb
#air
#kelantan
#sprm