Masih trauma selepas 24 tahun, begini kehidupan bekas PA Along Spoon

Masih trauma selepas 24 tahun, begini kehidupan bekas PA Along Spoon

 

Sekitar tahun 1999 yang lalu, negara digemparkan dengan kes pembunuhan penyanyi yang hits dengan lagu ‘Rindu Serindu Rindunya’ iaitu Along daripada kumpulan Spoon.

Kehilangan Along atau nama sebenarnya Sabi’ul Malik Shafie selama 10 hari akhirnya terjawab apabila pihak polis menjumpai mayatnya dalam karung guni di lereng bukit di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang – Genting Peras, Jelebu, Negeri Sembilan.

Along

Kini, peristiwa hitam itu telah 24 tahun berlalu dan antara orang turut terkesan dengan kisah itu adalah Salina Ali, isteri kepada pembunuh penyanyi tersebut yang dihukum gantung, Mohamed Ya cob.

along spoon

Salina adalah Pegawai Perhubungan Awam (PRO) Syarikat Life Record yang turut menaungi kumpulan Spoon sememangnya menjadi ‘buruan’ wartawan berikutan peristiwa pembunuhan Along rancak diperkatakan media pada waktu itu.

Kini, kehidupan Salina terus  bahagia bersama anak-anak dan cucu dan turut aktif mengusahakan perusahaan menyewa kanopi dan khemah untuk majlis kahwin dan majlis tertentu.

Salina ali along

Menyoroti tragedi lama yang baginya masih segar di ingatan, Salina berkata kisah itu terlalu berat untuk ditanggung apatah lagi mempunyai anak-anak kecil untuk dijaga.

Saya pengsan tiba-tiba apabila berita itu keluar di TV kerana pada waktu itu saya rasa seolah-olah langit jatuh menghempap kepala saya!

Terlalu berat sehinggakan tidak tertanggung. Selepas sedar, saya menangis teringat anak-anak.

Selepas peristiwa itu meledak di media, Salina kemudiannya berhenti kerja sebagai PA dan bekerja di Singapura namun kembali semula ke Malaysia dan menjual nasi lemak.

Salina

Kesusahan demi kesukaran Salina tanggung di saat membesarkan anak-anak tanpa kehadiran suami dan figura bapa kepada cahaya matanya, kini Salina mempunyai enam orang cucu dan sudah pun bergelar nenek.

Mengimbas kembali kehidupannya setelah ‘peristiwa hitam’ itu, Salina bersyukur kerana mempunyai dua orang sahabat yang sentiasa bersama ketika susah dan senang iaitu Nurzarida (ibu kepada pelakon Amyra Rosli) dan Azizah.

Sejak dahulu lagi anak-anak adalah kekuatan saya. Kini dengan kehadiran enam orang cucu, hidup saya amat bermakna dan lengkap. Saya akan sentiasa bersama mereka selagi waktu masih ada.

Sebenarnya walaupun peristiwa hitam itu telah 20 tahun berlalu, namun apabila berjalan di khalayak ramai, tanpa sedar saya akan tundukkan muka.