“Mia kata dia terpaksa curang kerana Ruwaidi tak mampu, Ruwaidi balas balik lafazkan cerai tapi Mia lagi licik”

“Mia kata dia terpaksa curang kerana Ruwaidi tak mampu, Ruwaidi balas balik lafazkan cerai tapi Mia lagi licik”

 

Tahun kedua perkahwinan Ruwaidi bagitau memang dia stress melampau sebab Mia. Mia lepas gaduh lari rumah then 2 3 hari balik semula rumah act macam nothing happen. Then repeat balik cycle.

Ruwaidi ambik maid tapi Mia selalu marah marah maid sampaikan maid pun lari. Walaupun hidup sebumbung tapi masing masing duduk bilik sendiri.

Ruwaidi cuba pujuk ajak gi kaunseling ke apa untuk cari kata sepakat since Mia asyik bagitau Ruwaidi suami berguna tapi Mia tak nak. Tup tap Mia kantoi ada lelaki lain. Mak Ruwaidi dengar Mia cakap di telefon bila mak Ruwaidi tanya, Mia marah marah mak Ruwaidi dengan perkataan kesat.

Bila Ruwaidi balik, Mia mulalah drama dia. Ruwaidi tanya elok elok kalau betul Mia dah tak nak teruskan perkahwinan nie dan dah ada orang lain, dia akan lepaskan Mia cara elok.

Mia masa nie cuak, so dia mengangis dolak dalik beria bagitau dia tak ada orang lain. Tapi lepas seminggu Ruwaidi siasat akhirnya dia kantoi jua. Ruwaidi follow Mia then nampak dia jumpa laki lain.

Still masa nie Mia nafikan dia curang. Ruwaidi time tu nak lafazkan talak tapi Mia cuba pujuk Ruwaidi sweet sweet tapi bila tak jalan, dia jerit jerit maki hamun.

Then mula tuduh Ruwaidi suami tak guna. Tak pandai layan batin dia. Mati pucuk. Macam macam dia fitnah Ruwaidi. Mak Ruwaidi sampaikan kena admit.

Penyondol laki nie pernah kerja sama sama dengan Mia dulu. Konon konon dia care pasal Mia pasal tu selalu lepak malam nak bagi Mia release stress lah healing lah apa kejadah.

Isteri orang, elok ke lepak malam malam dengan lelaki bukan mahram? Dia yang cucuk Mia suruh demand macam macam dari Ruwaidi.

Duit yang Ruwaidi bagi dekat Mia tup tap Mia guna untuk penyondol tu. Bayar kereta, makan lah rumah dia sewa bagai. In returns, dia puaskan batin Mia dengan benda benda haram. Benda haram memang seronok buat dan add1cted.

Mia cakap dia terpaksa curang sebab nakkan layanan batin since Ruwaidi tak mampu nak bagi. Ruwaidi sampai kena buat medical check up nak counter balik.

Dekat setahun kes perceraian berjalan, akhirnya Ruwaidi lafazkan cerrai. Mia nie memang bijak. Dia pandai sembunyikan kecurangan dia. Ruwaidi tak dapat nak buktikan dia curang jadi mereka bercerrai sebab tak ada kesefahaman.

Mia bagitau Ruwaidi dia dah jumpa some one better than him. Memang kaw kaw dia break mental Ruwaidi time tu. Dia siap tolak tolak kepala Ruwaidi then ludah dekat dia.

Dia doakan Ruwaidi mti cepat sebab tak pandai puaskan batin isteri. Banyak lagi yang dia cakap cuma aku tak mampu nak taip. Too disgusting.

Mak Ruwaidi rasa bersalah dengan Ruwaidi sampaikan banyak kali dia mintak ampun dekat Ruwaidi masa dia tengah nazak sebab kahwinkan dia dengan Mia.

Patah hati mak Ruwaidi tengok anak kesayangan dia slowly went broke. Dia memang broken kaw kaw time tuuu. Stress, trauma dan nightmare all leads him now as what he is. Dia dah memang jadi macam z0mbie hidup.

Pada usia 32 tahun, orang lain dah kahwin ada anak tapi hidup dia jahanam kerana salah pilih pasangan hidup. Dia rasa dia failure.

Ya Rabbi, menggigil aku dengar cerita Ruwaidi. Air mata dah sampai kering. Kesian Ruwaidi. Aku tahu dia jenis soft spoken and very gentlemanly, dia tak pandai nak angkat tangan ke pukul atau maki.

Tegur cara lembut jea. Pasal tu Mia ambik kesempatan kaw kaw kebas duit dia dan spend dengan penyondol tu. Then abvsed Ruwaidi emotionally and mentally.

Ruwaidi sampai kena jumpa pakar psikiatri. Dia ada anxiety, insomnia dan kemurungan. Dia on medication sebelum nie tapi sekarang dah tak.

Ruwaidi masih tak mampu nak bertentang mata dengan aku sebab dia malu sangat. Dia tunduk jea. Dia bagitau aku yang awal awal dia memang tolak aku sebab dia rasa dia tak layak untuk aku. Dia tak mampu nak bahagiakan aku dan masih trauma dengan perkahwinan pertama.

Tapi dia bagitau, ibu aku ada datang jumpa dia baru baru nie. Ibu aku cuma datang nak bagitau yang aku teramat sukakan dia. Aku suka dia sejak kecil lagi tanpa aku sedari. Ibu faham yang Ruwaidi broken tapi anak ibu (aku) pun broken juga.

Ibu bersimpati atas apa yang berlaku dekat Ruwaidi tapi semua yang berlaku ada hikmahnya. Allah SWT Maha adil dan tak akan sekali sekala menguji hambanya diluar kemampuan mereka.

Ibu cakap dia tak sampai hati tengok aku emosi, menangis diam diam. Walaupun aku cuba untuk berlagak seperti tiada apa yang berlaku, tapi ibu faham perasaan aku.

Ibu mintak Ruwaidi bagi aku peluang kedua. Ibu cakap Ruwaidi anak yang baik, InshaAllah anak ibu boleh heal Ruwaidi. Ibu just nak anak ibu bahagia. Dan kalau Ruwaidi tak keberatan, anggaplah ibu sebagai mak kamu.

Aku terkedu terus. Ibu tak pernah sekali pun notify aku pasal benda nie. What have I done to deserve such understanding and good mother?

Ibu, you have no idea how much you meant to me. Lepas fikir fikir, dia cakap dia nak cuba bagi peluang kedua untuk diri dia. Tapi awal awal dia dah bagitau yang dia bukan Ruwaidi yang dulu.

Dan mungkin dia akan gagal jadi dia mintak aku bersedia atas segala kemungkinan. Aku yakin aku mampu cari sisa sisa Ruwaidi yang dulu dalam diri dia.

Lepas talk, ayah ajak makan. Kemudian ayah sembang ngan Ruwaidi. Aku pulak terus peluk ibu cakap terima kasih. Ibu senyum sahaja. Dia cakap dia cuma sampaikan apa yang dia rasa betul, yang lain terpulang pada Ruwaidi.

Kalau memang ada jodoh antara dia dan aku, ibu takkan halang. Ayah awal awal tak berapa setuju tapi ibu pujuk untuk bagi peluang.

Selepas pertemuan tu, slow slow, aku cuba ubah dia. Aku make sure untuk hantar mesej setiap hari just untuk tanya khabar, cakap good morning, good night.

Tanya how’s his day? Pasal kerja. Anything yang boleh aku sembang dengan dia. Kekadang kitorang keluar sekali dengan Adam dan isteri dia atau ibu aku.

Ohhh yea, Adam antara orang yang selalu bagi semangat dekat Ruwaidi since Ruwaidi memang tak ada kawan sangat lepas dia pindah. Abang aku ada sembang dengan aku dan bila dia tengok aku memang serious, dia bagi aku moral support.

Dia pun kekadang ajak Ruwaidi lepak. Ayah aku masih 50/50. Lepas 6 bulan, kitorang bertunang. Masa nie aku tahu Ruwaidi nervous jadi kitorang buat simple jea. Ruwaidi dah ada perubahan sikit alhamdulillah.

Masa nak plan untuk kahwin, Ruwaidi memang tak jemput saudara mara dia sebab dia cakap no point. Dia jemput budak budak company jea yang rapat. Lepas 3 bulan tunang, kami berkahwin.

Majlis simple tapi penuh bermakna buat Ruwaidi dan aku. Keluarga belah ibu kami tak jemput pun. Keluarga belah ayah ramai yang macam bertanya itu ini tapi ayah jawab semua elok elok.

Kami tak bagitau nie perkahwinan kedua Ruwaidi sebab tak ada keperluan pun. Lepas berkahwin, aku pindah masuk rumah Ruwaidi. Rumah dia sebelum nie teres dua tingkat tapi kosong mostly. Rumah warna putih, tak banyak hiasan atau perabot.

Aku tanya dia okay tak kalau aku hias? Dia bagi full power dekat aku haha. Kami sama sama keluarkan duit renovate dan hias rumah tuuu. Ruwaidi tak nak aku keluarkan duit tapi aku insist. Aku touch up balik belakang rumah since aku memang suka tanam pokok especially bunga.

Aku buat halaman belakang macam garden. Siap ada buaian, meja dan kerusi untuk minum petang. Ruwaidi akan hantar aku pergi kerja then dia ambik aku balik since satu jalan jea nak travel.

Ruwaidi dah bagitau awal awal dia perlukan masa untuk hubungan intim. Let it happen naturally. Aku faham dia trauma jadi aku ok jea. Plus dia insecure dengan rupa dan fizikal dia.

Walaupun aku bagitau aku tak kisah, tapi aku hormat keputusan dia. Awal awal kahwin, kitorang tidur sebilik tapi dia tidur hujung kiri aku tidur hujung kanan. Lama lama adalah berpelukan tapi that’s all.

Masa nak pergi kerja, aku cium tangan dia pun dia dah segan. Lepas 2 minggu, aku cium pipi dia setiap pagi dan malam. Awal awal tu dia terkejut tapi lama lama dia ok. Tapi dia tak berani nak touchy2 dengan aku. I need to work harder to sedvce him haha.

Aku masak healthy food untuk dia setiap hari. Siapkan bekal untuk dia jugak. Kitorang akan sama sama jogging dan work out. Time weekend, kitorang selalu riadah dekat Titiwangsa atau jungle trekking.

Aku memang jenis rajin pergi salun untuk treatment muka, badan dan rambut. Aku belajar teknik teknik diorang then balik rumah aku buat kat Ruwaidi haha. Dia sabar jea bila aku tonyoh tonyoh muka dia.

Bila nak urut badan dia awal awal segan, lama aku pujuk dia. Aku tahu dia nak back to his previous body baru dia nak intimate dengan aku tapi aku pujuk dia cakap I want to be part of the process tu. Please don’t shy away from me.

Aku urut urut badan dia, letak mask apa bagai. Awal awal perkahwinan, Ruwaidi sangat nervous. Dia masih trauma. Kekadang bila aku ternaikkan suara, aku nampak dia cuak. Dia tak berani nak tentang mata lama lama dengan aku.

Bila sembang dia diam jea dengar aku cakap. Malam malam, kekadang dia dapat nightmare sometimes dia menangis. Aku slowly peluk dia tenangkan dia. Aku rasa dia tak sedar masa tu sebab esok pagi dia tak cakap apa apa.

Masa nak keluar jalan jalan ke apa, dia tak pegang tangan aku sebab segan. Dia rasa dia tak handsome, gemuk as compared to me. Cantik macam bunga haha. Itu ayat dia. Aku insist pegang tangan dia tapi sometimes bila dia tak nak aku tak paksa.

Masa nak nak buat urut urut muka dan badan dia, dia segan sampai menangis cakap dia hodoh. Dia failure. Aku sebenarnya lagilah sedih tengok dia tapi aku tahan air mata.

Aku menangis time dia tak ada. He has such a bright future but looks what fate had done to him now. Aku mengadu kat Allah SWT untuk beri aku kekuatan untuk heal Ruwaidi.

Ibu tempat aku bersandar tatkala aku kepenatan. Ibu sentiasa berikan aku support. Ayah masih kekok tapi aku tahu dia pun masih cuba untuk terima Ruwaidi sepenuhnya. Abang ok jea.

Walaupun dah berkahwin, hubungan aku dan Ruwaidi more like kawan. We slowly trying to fit into each other life. Ruwaidi mula selesa dengan aku. Alhamdulillah almost dekat 8 bulan, dia berjaya achieve his ideal weight.

Badan dia masa muda muda jenis slim, tapi sekarang ada muscle2. Hehe. Hasil aku buat urut urut dia, muka dia dah makin cerah sebab asalnya dia memang kulit cerah tapi sebab stress dan mental health issue, kulit dia jadi kusam dan darker.

Even family aku terkejut tengok dia. Aku pernah tanya sama ada dia nak rujuk pakar psikiatri ke atau any health consultant, dia cakap tak perlu.

Sebelum nie dia banyak pendam perasaan dan diam tapi sekarang dia dah mula bercakap. Dia luahkan perasaan dia. Bila dia menangis, aku biarkan tepuk tepuk bahu tapi aku biarkan dia menangis. Keluarkan segala beban dan sakit dari hatimu.

Ibu aku pun selalu lepak dengan Ruwaidi. Tak tau apa diorang berdua sembang. Kekadang Ruwaidi teman ibu aku shopping haha. Ayah aku pun sampai jelaous ibu tak ajak dia.

Ayah dah mula slowly terima Ruwaidi. Dia ajak Ruwaidi main golf lah then buat benda benda membosankan yang orang orang tua buat. Ruwaidi layankan jea haha.

Masa birthday aku, aku insist kat Ruwaidi yang aku nak pergi bercuti dekat pulau. Ruwaidi layankan jea. Masa nie kitorang bercuti ke luar negara. Ruwaidi tanya aku apa aku nak untuk hadiah.

Aku cakap aku teringin nak tengok dia ketawa. Ruwaidi nie ada lesung pipit, kalau die gelak memang comel nampak lesung pipit dia. Dah lama aku tak tengok lesung pipit dia.

Dia tergamam kejap then terus peluk aku. Dan dia tanya aku sambil menangis, what has he done to deserve me?

Aku senyum jea. Aku ikhlas nakkan dia dan alhamdulillah Allah SWT permudahkan segalanya untuk aku berjodoh dengan dia walaupun perit juga awalnya.

Masa nie kami melakukan hubungan intim. Ruwaidi nervous tapi aku try my level best untuk support dia.

Selepas melakukan hubungan, dia tanya aku banyak kali ok ke tak? Is he good? Trauma dia masih ada. Bagi aku ok jea. Aku rasa apa yang patut dan dia pun enjoy it. Aku bagitau dia to not think too much of it.

Lepas daripada percutian itu, hubungan kami makin intim. Sebelum Ruwaidi tanya, aku dah puji dia. Jujurnya, aku enjoy jea masa intimate kitorang. He is good and healthy.

Cara dia bercakap dengan orang pun dah makin confident. Bila keluar, dia dah tak malu nak pegang tangan aku. He is happy, so am I.

Bila masuk awal tahun ketiga, aku disahkan hamil. Aku buat surprise untuk Ruwaidi masa birthday dia. Even family aku pun ada time tu terkejut. Dia peluk aku menangis nangis. Dia memang nak sangat anak. Parents aku tumpang bahagia tengok kitorang.

Sepanjang mengandung, Ruwaidi jaga aku macam princess. Dia upah maid sebab tak nak aku penat. Ruwaidi akan uruskan segala hal rumah. Family aku pun selalu datang singgah.

Ruwaidi selalu usap perut aku dan sembang dengan bayi macam macam. Dia janji yang dia akan jaga mommy (aku) elok elok.

Dia selalu doakan kepada Allah SWT untuk kurniakan kekuatan kepada dia semasa dia berada at his lowest point. Sometimes dia rasa nak bnuh diri.

Tup tap, Allah SWT hadirkan aku semula dalam hidup. Akulah kekuatan dia. Aku yang dengar nie terus menangis. We hugged, we kissed and seek comfort in each other present.

Aku dikurniakan anak perempuan. Lepas 3 tahun, aku dapat anak kembar lelaki. Alhamdulillah, anak aku semua sihat dan Ruwaidi is such a wonderful father.

Bila balik kerja, first dia cari anak anak dia. Memang anak anak semua rapat dengan dia. Well, aku garang macam singa haha.

10 tahun perkahwinan kitorang penuh dengan warna warni. 3 anak anak nielah penyeri kehidupan kitorang. Ruwaidi is aging like a fine. Aku pulak insecure tengok badan aku dah berisi sikit. Lemak, selulit, uban.

Tapi Ruwaidi, dia cakap biar dia jea handsome untuk aku, aku hanya perlu relax dan chill. Hubungan dia dengan family pun sangat akrab. Ayah offer Ruwaidi kerja dengan syarikat baru ayah. Abang handle syarikat lain.

Ayah bosan bosan ajak Ruwaidi lepak sana sini haha. Abang aku sedih sebab dia rasa macam dia dianaktirikan haha. Ibu nak gosip ajak Ruwaidi aiyaaa.

Aku selalu ucap terima kasih pada ibu sebab doa dan support ibu aku antara faktor yang mengharmonikan rumah tangga aku. Ruwaidi almost heal tapi kekadang ada masa dia insecure, broken atau lost.

Tapi aku terima diri dia semuanya. Aku tak expect dia prefect pun. Manusia memang tak sempurna. Ingat tak lagu John Legend – All of Me? Aku mainkan lagu nie masa sambut anniversary kitorang.

He is the crush from my innocent childhood and now he is the father of my children, the love of my life. He will forever be my only one. InshaAllah.

Aku berharap kisah aku nie sedikit sebanyak akan beri inspirasi atau pengajaran dekat orang lain. Sehebat mana kita merancang, Allah SWT akan menentukan akhirnya. Sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah SWT.

Btw, sepanjang tempoh perkahwinan kami nie, Mia ada buat comeback. InshaAllah aku akan cerita pada next story sebab yang nie dah panjang sangat.

Akhir kalam, moga saudara dan saudari semua dirahmati dah dikasihi Allah SWT selalu. Aamiin.

Sumber – Jasmine (Bukan nama sebenar) via IIUMC