MP pembangkang persoal kos iklan kerajaan PN “memuji diri sendiri”

MP pembangkang persoal kos iklan kerajaan PN “memuji diri sendiri”

Dua ahli parlimen pembangkang mempersoalkan jumlah wang pembayar cukai yang dibelanjakan oleh kerajaan Perikatan Nasional untuk iklan “memuji diri sendiri”.

Merujuk advertorial atau iklan berbayar berbentuk berita yang disiarkan di akhbar berhasa Cina, Sin Chew Daily, Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching berkata iklan pertama adalah puji-pujian ke atas pakej rangsangan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai).

Sementara iklan kedua pula disiarkan 21 Nov 2020 dan memaparkan ulasan positif mengenai inisiatif Belanjawan 2021.

“Berapa banyak lagi iklan yang telah dibayar PN di Sin Chew Daily dan media lain? Dan berapa banyak lagi wang rakyat yang dibelanjakan oleh PN untuk memuji diri sendiri dan untuk shiok sendiri?

“Selain secara tamak untuk meningkatkan populariti sendiri dan mencipta faktor feel good, apa tujuannya meletakkan iklan seperti itu?

“Apakah iklan itu dapat meringankan penderitaan rakyat? Adakah iklan itu mampu membekalkan makanan di atas meja, mewujudkan pekerjaan, atau menghalang kedai atau syarikat daripada dibungkus? Kerajaan PN mesti bersikap bersih dan menjelaskan ini kepada rakyat,” kata Teo dalam satu kenyataan hari ini.

Pemimpin DAP itu juga mempersoalkan mengapa versi dalam talian iklan itu tidak dilabel bagi menunjukkan bahawa ia adalah iklan dan bukannya berita.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin juga mengemukakan persoalan mengenai iklan pada 20 Januari di Sin Chew Daily di laman Facebooknya.

 Ahli politik PKR itu juga berkongsi artikel dari akhbar Inggeris The Star pada 20 Januari yang bertajuk “Persetujuan menyeluruh untuk langkah-langkah bantuan Covid-19 terbaru” yang memaparkan komen orang ramai mengenai Permai.

Artikel itu juga tidak dilabelkan sebagai iklan.

 Sim mendakwa dia percaya agensi kerajaan J-kom adalah di sebalik kempen itu.

“Seperti iklan ‘kerajaan mengucapkan tahniah kepada diri sendiri’.

“Ayuh, Jasa atau J-kom. Kamu boleh lakukan yang lebih baik! ” katanya. – MK