Neelofa umum ambil langkah drastik gara-gara kecewa gambar Bilal ditular peminat

Neelofa umum ambil langkah drastik gara-gara kecewa gambar Bilal ditular peminat

Pengacara dan usahawan sensasi, Neelofa mengambil pendekatan untuk tidak tampil berdua dengan selebriti lelaki dalam program televisyen (TV) selepas bergelar isteri bagi menjaga nama baik suami.

Jelas Neelofa, pendekatan itu diambil atas kemahuan sendiri, bukan syarat ditetapkan suami, PU Riz atau Muhammad Haris Ismail selepas mengambil pendekatan untuk nekad kembali aktif dalam dunia pengacaraan.

“Tidak manis dan tidak sesuai, kiranya tak eloklah untuk sesiapa saja yang berstatuskan isteri. Ini semua adalah kehendak saya sendiri.

“Secara logiknya apabila di depan TV penonton hanya nampak saya (berada) di sebelah seorang lelaki.

“Kalau adalah tetamu lelaki, mungkin bukan kami berdua (tetapi) ditemani beberapa orang lagi.

“Lebih daripada seorang, ada perempuan dan lelaki. Itu saya okay. Saya ambil kira apa yang dipaparkan dan dipertontonkan,” kata Neelofa yang dilapor Harian Metro.

Mengulas mengenai pendekatan yang diambil pengacara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran program Next To Neelofa musim dua, semalam.

Katanya, dia masih boleh memberi pertimbangan untuk bekerjasama dengan selebriti lelaki andai ditemani jemputan lain untuk program akan datang.

Kongsi usahawan berusia 33 tahun itu, bukan kata-kata netizen yang menjadi kerisauan, sebaliknya paling diutamakan adalah menjaga maruah suami.

“Apa yang saya lakukan sekarang lebih kepada tanggungjawab saya sebagai isteri selain mengutamakan maruah suami.

“Hakikatnya dengan tenang hati saya lakukan perkara sebegini sebab bagi saya itu benda yang baik.

“Tidak perlu pun jadikan ia sebagai syarat. Mana-mana wanita bergelar isteri pun akan berfikir perkara sama,” katanya.

Terdahulu, rumah tangga Neelofa dan PU Riz yang dibina pada Mac 2021 diserikan kelahiran putera, Muhammad Bilal yang kini sudah mencecah lapan bulan.