Netizen bengang Ira Kazar cuba tiru fesyen Puteri Sarah

Netizen bengang Ira Kazar cuba tiru fesyen Puteri Sarah

 

Sedia maklum, kemelut rumah tangga pasangan selebriti Puteri Sarah dan Syamsul Yusof menjadi perhatian ramai setelah aktres terbabit mendedahkan kecurangan suaminya di media sosial.

Perkara tersebut sememangnya membuat para netizen serta peminat rasa ‘panas’ setelah mengetahui kecurangan Syamsul dan rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan pengarah berkenaan mengahwini gadis lain bernama Ira Kazar.

Terbaharu, di platform TikTok, terdapat individu mendakwa bahawa Ira terlalu mencuba menjadi seperti Puteri Sarah, lagi-lagi dari segi pemakaiannya.

@binafshasweet880609

Membalas kepada @hanani_nor #madu #binafshacontent #fypシ #puterisarahliyana #irakaza #binafshasweet #fyp #foryourpage90s #artismalaysia

♬ Santai – Faizal Tahir

Jika dilihat dalam video tersebut, individu berkenaan membandingkan pemakaian madu pelakon tersebut yang seakan-akan sama dengan Puteri Sarah.

Kebanyakkan netizen yang melihat video terbabit merasakan anak kepada pelakon veteran, Kazar itu sama sekali tidak akan dapat mengalahi isteri pertama Syamsul dan tidak boleh menjadi tandingi ibu kepada dua orang cahaya mata itu.

komen netizen

komen netizen

Malah, ada berkata sebelum ini ibu mertua Puteri Sarah juga pernah memberi komen soal ‘meniru’ ini, namun Ira tidak akan capai level aktres tersebut.

Sehingga artikel ini di tulis, video terbabit meraih lebih 150,000 ribu tontonan daripada pengguna dan lebih 1000 tanda suka diberi oleh netizen.