Noor Hisham nafi hantar surat peletakan jawatan sepertimana tular di media sosial
[DIKEMAS KINI] Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menafikan beliau menghantar surat peletakan jawatan sepertimana tular di media sosial.
Menerusi ciapannya pada Rabu, Panglima Perang Covid-19 itu berkata, laporan tersebut adalah palsu.
“Ini adalah salah satu berita palsu yang mengelirukan orang ramai,” ciapnya.
Terdahulu berlegar-legar ‘laporan’ yang dikatakan Dr Noor Hisham akhirnya menghantar surat peletakan jawatan menerusi aplikasi WhatsApp. – SH