Panas!! Anwar akan bahas Belanjawan 2021 esok

Panas!! Anwar akan bahas Belanjawan 2021 esok
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 esok.
Menerusi muat naik status di laman media sosialnya, Anwar berkata perbahasan di Dewan Rakyat itu dijadual bermula jam 11 pagi.
Pada Jumaat, Anwar mendakwa Belanjawan 2021 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jumaat, tidak mempunyai impak lonjakan yang berkesan bagi memulihkan ekonomi negara.
Beliau berkata, selain itu unjuran angka yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, juga disifatkan membimbangkan.
Sumber Facebook anwaribrahim.keadilan
Sumber: Astro Awani