Panas!!! Bukan tugas dia bersihkan Azam Baki, Zaharin bidas tindakan Abu Zahar
Sebenarnya tindakan Abu Zahar Ujang dan jawatankuasa penasihat SPRM adalah menjangkau luar dari tugasnya sebagai Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah.
2. Dalam enam perkara misi dan visi tugas yang ditentukan itu menyebut dengan jelas bahawa keputusannya perlu di bawa ke Jawatankuasa Khas. Dan tidak ada fungsi menilai Intrigreti pegawai dan kakitangan SPRM.
3. Ini memberi erti hanya Jawatankuasa Khas yang bermesyuarat menentukan sebarang keputusan untuk menyatakan bahawa KPj SPRM tidak menyalahi undang-undang dan Perintah Am yang terikat dengan penjawat awam.
4. Bagaimana pun secara nyata bahawa wang pembelian saham itu, masih menggunakan nama pemegang akaun. Persoalannya mana fakta bahawa wang itu di masukan dahulu ke dalam akaunnya yang berjumlah ribuan ratus ringgit dari akaun adiknya.
Itu sebab perlu kes ini, mahu tidak mahu perlu di siasat saperti di lakukan oleh Lembaga Penasihat KPK Indonesia dalam tuduhan ke atas Ketua KPK Firly Bukhari pada tahun 2018.
Lembaga Penasihat KPK mendapati Firly Bukhari tidak beretika dan melanggar, piagam KPK, kemudian dia dilucutkan jawatan.
Bukannya saperti Lembaga Penasihat SPRM. Mencukupi di tuduh memberikan penjelasan dan keterangan tanpa di siasat secara lengkap dan tidak di laporkan kepada Jawatankuasa Khas SPRM. Dua identiti dalam SPRM yang berbeza tugasnya. Itulah Malaysia. -zmy