Panas!!! Dakwa BN Pahang tamak, PN pamer sikap biadap trhadap Raja Melayu

Panas!!! Dakwa BN Pahang tamak, PN pamer sikap biadap trhadap Raja Melayu

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang, Saifuddin Abdullah menyifatkan sikap tamak pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) Pahang telah menyukarkan rundingan bagi penubuhan kerajaan negeri Pahang.

Dia mendakwa proses rundingan antara PN dan Umno-BN Pahang sudah dimulakan selepas keputusan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diumumkan minggu lalu, namun sehingga hari ini belum menemui jalan penyelesaian.

“Parti yang menerima mandat terbesar daripada rakyat Pahang adalah PN, itulah kehendak rakyat yang perlu dihormati.

“Sejak awal, PN sedia berunding untuk membentuk kerajaan Pahang tetapi bukan dengan Pakatan Harapan (PH) yang membawa agenda bertentangan dengan kepentingan rakyat.

“Tetapi BN menuntut jawatan menteri besar dan mahukan tujuh kerusi Exco dan hanya setuju berikan PN satu kerusi Exco sahaja walaupun mereka parti minoriti yang tiada mandat,” katanya dalam satu hantaran di media sosial Facebook miliknya, pagi tadi.

“Saya tidak tahu apa gula-gula ‘pelincir’ yang PH setuju tawarkan kepada BN, saya harap tidak ada perkara menyeleweng yang ditawarkan demi kuasa dan jawatan,” katanya lagi, memetik laporan Malaysiakini.

Kenyataan itu memberi gambaran sebagai berakhirnya rundingan antara PN dan Umno-BN Pahang.

Pengerusi PH Pahang Amirudin Shari semalam memaklumkan mereka sudah mencapai persetujuan dengan BN untuk menubuhkan kerajaan negeri.

Dia dilaporkan berkata, keputusan itu berdasarkan jumlah kerusi DUN secara keseluruhan yang dimenangi BN (16 kerusi) dan PH yang memenangi lapan kerusi, sekali gus melebihi majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri.

Di Pahang, PN mempunyai 17 kerusi DUN, BN mempunyai 16 kerusi dan PH mempunyai 8 kerusi, dengan pilihan raya kecil (PRK) Tioman kini dijadualkan pada 7 Dis berikutan kematian calon PN/PAS.

DUN Pahang tergantung selepas keputusan PRU15 menyaksikan tiada parti berjaya memperoleh majoriti mudah iaitu 22 kerusi bagi membentuk kerajaan negeri.

Susulan itu terdapat siri perbincangan antara PN dan BN, selain BN dan PH untuk menubuhkan kerajaan negeri campuran.

Pada 24 Nov lalu, PH menyatakan sokongan kepada Wan Rosdy Wan Ismail dari BN sebagai menteri besar yang seterusnya membawa kepada persetujuan dua gabungan itu untuk membentuk kerajaan negeri bersama.