Panas!!! Dakwa Titah Tuanku selari usaha kerajaan, adakah Pas cuba pertikai kebijaksanaan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu?

Panas!!! Dakwa Titah Tuanku selari usaha kerajaan, adakah Pas cuba pertikai kebijaksanaan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu?

PAS melihat titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung persidangan parlimen selaras dengan usaha dilakukan kerajaan buat masa ini.

Timbalan presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS menjunjung titah pandangan tuanku agar kerajaan segera mengadakan sidang Parlimen, selain isu-isu lain yang dibangkitkan Agong dalam kenyataan Rabu lalu.

“PAS juga meyakini bahawa titah pandangan baginda tuanku berkenaan sidang parlimen adalah selaras dengan komitmen kerajaan untuk mengadakan sidang parlimen sebagaimana juga yang dinyatakan oleh perdana menteri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menteri Alam Sekitar dan Air itu berkata, pendekatan Agong mendengar pandangan pemimpin parti politik dan agensi kerajaan, menunjukkan baginda mengambil perhatian akan situasi Covid-19 dan menjadi bukti institusi raja-raja Melayu sebagai payung rakyat tanpa mengira agama atau fahaman politik.

Selain isu parlimen, isu lain dalam kenyataan Agong yang dibangkitkan Tuan Ibrahim ialah semua pihak harus mengurangkan politiking dan memberikan fokus menghadapi Covid-19, menjaga kebajikan rakyat, mempercepat pemberian vaksin, kepentingan kerajaan yang stabil, berfungsi dan berkesan menangani Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Semua hal itu, kata PAS, juga selaras dengan usaha kerajaan.

“PAS melihat perkara ini adalah selaras dengan usaha yang sedang giat dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan ketika ini,” katanya lagi.

Agong mempengerusikan perbincangan khas raja-raja Melayu di Istana Negara pada Rabu, selepas sebelum itu mengadakan pertemuan dengan pemimpin parti-parti politik utama negara, agensi kerajaan serta pakar-pakar.

Kenyataan Istana Negara selepas pertemuan itu, menyatakan bahawa baginda berpandangan bahawa sidang parlimen perlu diadakan secepat mungkin, dengan menyifatkan Parlimen sebagai satu platform penting untuk wakil rakyat bersidang membincangkan pelbagai isu khususnya Covid-19.

Agong turut mengulas isu vaksin, pentadbiran kerajaan yang stabil serta isu ekonomi, seperti yang diperkatakan Tuan Ibrahim.

Pada hari sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Takiyuddin Hassan mengulas kenyataan istana, berkata meskipun Agong menyebut Parlimen perlu bersidang secepat mungkin dalam kenyataan Istana Negara, tidak menitahkan bila tarikh tepat untuk itu.

Ini mengundang kritikan banyak pihak, dengan ada yang menyifatkan Takiyuddin derhaka serta mahu berdolak-dalih.

Ia juga mengundang perdebatan hangat di media sosial

Sumber : Malaysiakini