Panas!!! Didakwa cuba mengajar Agong, Hamzah dibidas bersikap biadap

Panas!!! Didakwa cuba mengajar Agong, Hamzah dibidas bersikap biadap

Pertemuan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, semalam berjalan lancar.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pertemuan antara Muhyiddin dengan Al-Sultan Abdullah adalah dalam kapasiti beliau sebagai Perdana Menteri dan hanya membincangkan mengenai tindakan lanjut kerajaan dalam menangani pandemik Covid-19 di negara ini.

“Isu dijemput sebagai Presiden parti, belum lagi dibincangkan. Perbincangan tentang apa yang dimahukan oleh Agong sebagai kerajaan kita telah jelaskan, Perdana Menteri telah jelaskan apa tindakan untuk kita menguruskan Covid-19 ini dan juga ekonomi negara.

“Perdana Menteri lakukan (mesyuarat pra Kabinet) pada setiap hari Rabu, setakat ini tidak ada masalah kerana kita setiap kali mesyuarat pra Kabinet PM akan bermesyuarat dengan Jemaah Menteri dan PM jelaskan perbincangan dengan Agong.

“Setakat ini berjalan baik dan tidak ada masalah yang timbul, jadi yang penting kepada kami sebagai jemaah menteri adalah nak pastikan kita punya hala tuju dan cara menguruskan pendemik Covid-19 ini harus mencapat kejayaan,” katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media selepas mengadakan tinjauan Prosedur Operasi Standard (SOP) di Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Hamzah mengulas pertanyaan media tentang pertemuan empat mata Muhyiddin dengan Al-Sultan Abdullah.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi berhubung pertemuan itu dibuat Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Dalam pada itu, Hamzah berkata, Al-Sultan Abdullah faham akan tugas berat kerajaan dalam memastikan rakyat dapat dibela dan ekonomi negara terus berkembang.

“Adakah kita boleh tutup ekonomi sudah tentu kita tidak mahu. Kita nak supaya ekonomi terus berjalan dan waktu yang sama kita ada SOP yang diperketatkan.

“Tak timbul mengenai isu yang telah dibincangkan bersama sebab penjelasan telah dibuat Perdana Menteri dilakukan setiap hari Rabu,” ujarnya.

Hari ini beberapa lagi pemimpin-pemimpin parti politik negara menghadap Yang di-Pertuan Agong antaranya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Pertemuan itu berkemungkinan bagi merangka landskap politik baru di kala Proklamasi Darurat yang dijangka berakhir penghujung Ogos ini.

Sumber: https://malaysiagazette.com/2021/06/10/ydpa-sudah-maklum-tindakan-lanjut-kerajaan-uruskan-covid-19/

COMMENTS