Panas!!! Isu rasuah projek bekalan air AKSB, saspek keempat ditahan SPRM

Panas!!! Isu rasuah projek bekalan air AKSB, saspek keempat ditahan SPRM

Satu lagi tangkapan dilakukan dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan membabitkan syarikat penyedia belakan air di Kelantan.

Kali ini seorang pemilik syarikat perunding penyelenggaraan air diberkas agensi antirasuah itu dan diberi keizinan oleh mahkamah majistret Kota Bharu agar direman selama tiga hari.

Difahamkan penahanan lelaki berusia 55 tahun itu dibuat membantu siasatan berhubung kes rasuah membabitkan projek Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) bernilai lebih RM851,000.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Bharu Nor Faezah Abdullah pagi tadi.

Menurut sumber, individu terbabit ditahan kira-kira jam 8.10 malam tadi di pejabat SPRM Kelantan ketika dia hadir untuk memberi keterangan.

“Lelaki itu ditahan untuk siasatan berhubung projek berkaitan skim bekalan air di sebuah daerah di Kelantan yang bernilai RM851,232.60.

“Dia disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009,” katanya ketika dihubungi media hari ini.

Untuk rekod individu terbabit adalah yang keempat diberkas SPRM dalam siasatan ke atas projek AKSB itu.

Sebelum ini Malaysiakini melaporkan, SPRM menahan tiga lelaki termasuk seorang bekas pengurus besar syarikat terabit bagi membantu siasatan.

Mereka ditahan pada 8 Julai lalu bagi membantu siasatan SPRM mengenai projek bernilai lebih RM27 juta yang dikendalikan antara 2015 dan 2019.

Sumber – Malaysiakini