Panas!!! Majlis Fatwa Perlis dakwa kertas kajian JAKIM dalam isu Tarikat Alhaqqani amat tidak berkualiti

Panas!!! Majlis Fatwa Perlis dakwa kertas kajian JAKIM dalam isu Tarikat Alhaqqani amat tidak berkualiti

Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis, Dr. Rozaime Ramle menyifatkan kertas kajian JAKIM untuk membenarkan semula Tarikat AlHaqqani di negara ini sangat memalukan.

Menurut Rektor Kolej Universiti Perlis itu, jawapan yang diberikan pihak JAKIM terutama dalam sebaran hadis palsu yang terkandung dalam buku-buku tarikat tersebut sangat tidak berkualiti.

Perkara itu dikongsikan beliau melalui satu hantaran di laman Facebooknya sebentar tadi.

Semalam sewaktu mesyuarat Fatwa Perlis, kami ahli mesyuarat dibekalkan dengan kertas kajian JAKIM untuk membenarkan semula tarikat ajaran al-Haqqani. Saya membacanya dan saya menilainya sangat tidak berkualiti terutama dalam isu mereka menjawab sebaran hadis palsu dalam buku-buku tarikat ini.

Lalu saya memberikan teguran kepada wakil JAKIM agar pemilihan penyelidik perlu dianggotai oleh pakar pelbagai bidang untuk mengelakkan “bias” dan kekeliruan kepada ahli mesyuarat.

JAKIM bergerak dengan duit rakyat. Lalu perlu memberikan yang terbaik untuk rakyat.

Dr Rozaimi Ramle