Panas!! PAS kembali pada Umno

Panas!! PAS kembali pada Umno

Pas di persimpangan

Di persimpangan yang diuji. Cinta kesampaian atau cinta putus di tengah jalan. Pas macam budak perempuan merajuk pergi ke telaga buta. Konon-konon frust menongeng lelaki harapannya menduakan cinta.

Setiausaha Agung Pas sudah membuat kenyataan bahawa Pas tidak bersama dengan pembentukan kerajaan baru Perak selepas Peja digulingkan dengan gagal menperolehi sokongan usul percaya yang diadakan dalam sidang Dun.

Dalam ucapan Pesuruhjaya Pas di sidang Dun telah menghukum sebagai pengkianat dan penderhaka kepada usaha menjatuhkan MB PN. Ia seperti membakar jambatan atau rumah. Jangan Haji, istana baru dibina. Bukan istana pasir.

Selang beberapa hari selepas itu, kenyataan di atas dah ada bau nak corner baring. Timbalan Presiden Pas mengatakan hal tersebut masih boleh diperbincangkan. Kerajaan PN Perak perlu dikekalkan. Uhmm..

Pas akan corner baring untuk kembali bersama Umno yang disebut sebagai rahim mereka sendiri. Pas tahu nikmat menghadap kemewahan dan kesedapan menjadi kerajaan. Paling tidak di peringkat akar umbi, orang Pas berpeluang jadi Ketua Kampong atau Pengerusi Masjid.

Ada yang baru dua tiga kali hadir sebagai ahli majlis. Bukan senang untuk orang Pas kampong pakai kot ke pekan untuk bermesyuarat. Siap bertali leher. Pimpinan Pas negeri sudah tahu nikmat pegang GLC atau entiti serta jawatan politik berelaun puluhan ribu. Yang jadi exco, lebih maklum.

Hati kecil saya kata, Pas kembali kepada Umno jua akhirnya. Tambahan pula, Pkr dan Amanah bersedia bersama dengan Umno. Dap pula sudah buka tangan. Jika ini berlaku, lagu Islam terancam kembali dinasyidkan oleh Pas. Nasyid mereka akan pincang sebab Umno sudah bersama dengan PH (jika ianya terjadi).

Wajah hudoh Dap akan ditayamum oleh tangan Umno. Dap akan menjadi suci seperti budak yang baru lahir. Tiada dosa. Pada ketika itu, Pas akan kehilangan Dap yang boleh dijadikan sasaran serangan.

Saya pesan kawan-kawan PH, cool & calm. Jangan cepat berangan. Saya dah cakap dalam mesyuarat Biro Politik Amanah Perak, ‘Kita ni parti politik. Urusan kita adalah dapatkan kuasa untuk bawa rakyat hidup lebih baik. Kita mesti berani macam Pas sanggup kawan dengan Umno yang pernah dikata macam-macam untuk berkuasa. Pasal hujah, kita boleh cari’.

Foto: Kawan makan malam tadi.

 

Muhaimin Sulam

Sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10158889113049168&id=721134167