Pernah dengar cerita isteri Najib yang pertama? Ini kisah sedih Puteri Zainah yang ramai tak tahu

Pernah dengar cerita isteri Najib yang pertama? Ini kisah sedih Puteri Zainah yang ramai tak tahu

 

Puteri Zainah isteri pertama Najib Razak. Tahukah anda bahawa Datin Paduka Seri Hajjah Rosmah Mansor ialah isteri yang kedua Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak, bekas PM Malaysia?

Untuk pengetahuan semua, Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak pernah berkahwin untuk kali pertama dengan wanita bernama Puteri Zainah binti Iskandar (kerabat diraja Kelantan).

Beliau adalah wanita pertama yang bersama Dato’ Sri Haji Mohammad Najib membina kehidupan rumah tangga.

Persoalan sekarang siapakah Puteri Zainah ini? Mari kita kenalinya lebih dekat lagi…

Dia adalah wanita pertama yang berada di sisi Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Wanita pertama yang berada di kiri Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak diatas pelamin yang kilau gemilau suatu ketika dahulu. Wanita pertama yang menjadi teman tidur bekas PM Najib yang sah. Wanita pertama yang meyendukkan nasi ke pinggan bekas PM Najib. Wanita pertama yang mengambil baju dan seluar bekas PM Najib untuk ke pejabat.

Walaupun ada kuasa yang cuba untuk menafikannya, namun sejarah dan biologi tidak boleh menafikan bahawa darah wanita ini ada dalam tubuh tiga orang anak bekas Perdana Menteri itu, Mohd Nizar, Puteri Norlisa dan Mohd Nasifuddin.

Puteri Zainah masih hidup dan masih sihat wal afiat. Cebisan kenangan indah dan buruk beliau dengan bekas PM Najib masih terpapar di kepalanya. Dia juga berhak sebenarnya bercakap mengenai bekas PM Najib. Dia masih waras untuk bercerita segala-galanya dari malam pertama sehinggalah ke malam terakhir kehidupan rumah tangganya bersama bekas PM Najib.

Rosmah Mansor isteri kedua Najib, tapi ramai tak tahu kisah sedih Puteri Zainah isteri Najib yang pertama

Sebelum Datin Paduka Seri Hajjah Rosmah Mansor hadir dalam kamus hidup bekas PM Najib, Puteri Zainah atau lebih dikenali dengan Ku Yie inilah yang mengikut bekas PM Najib ke majlis-majlis kerajaan. Yang menemani bekas PM Najib menziarahi rakyat di Pekan dan seluruh Pahang semasa bekas PM Najib menjadi Menteri Besar Pahang dulu. Ku Yie lah yang menjadi pujaan dan kesayangan Tun Puan Rahah(ibu kepada bekas PM Najib).

Mungkin ada juga yang tak tahu bahawa anak perempuan Datin Hajah Rosmah Mansor bersama suami pertamanya ialah Azrene Soraya iaitu isteri kepada penyanyi yang juga pakar motivasi terkenal Datuk Dr Fazley.

YM Tengku Puteri Zainah Tengku Iskandar, menangkis fitnah-fitnah yang menuduh beliau tidak siuman dan uzur untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia yang juga dahulu pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

Menurutnya, fitnah-fitnah tersebut sengaja disebarkan untuk menjatuhkan imej dan memalukan beliau sebagai salah seorang kerabat di-Raja Kelantan. Tengku Puteri Zainah menegaskan beliau tetap tabah dan berusaha menyelamatkan rumahtangganya daripada menuju keretakan meskipun fitnah-fitnah tersebut sering menghantui kehidupannya.

Walaubagaimanapun telah ditakdirkan Allah SWT penceraian berlaku juga antara beliau dengan Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak pada bulan April 1987, 31 tahun yang lalu. Menurut Tengku Puteri Zainah lagi, beliau telah diceraikan tanpa pengetahuannya dengan beberapa alasan.

Beliau melahirkan rasa sedihnya kerana walaupun setelah menjalanikan hidup berumahtangga selama hampir 10 tahun dan telah dikurniakan seramai tiga cahayamata, tiba-tiba diceraikan tanpa pengetahuan beliau.

Tengku Puteri Zainah juga memberitahu bahawa sebelum penceraian berlaku, beliau serta bekas suaminya tidak pernah bersengketa. Cuma selepas suaminya dilantik menjadi Menteri Belia Dan Sukan di tahun 1987, Datuk Najib tidak pulang ke rumah selama lebih enam bulan sebaliknya beliau menetap di hotel.

Menurut beliau, Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak hanya mengunjungi beliau di waktu-waktu tertentu sahaja ketika beliau ditempatkan di rumah milik kerajaan.

Tengku Puteri Zainah diceraikan dengan talak satu kini tinggal bersama dengan tiga anaknya Mohd. Nizar, Puteri Nerlisa, dan Mohd. Naziffuddin. Tengku Puteri Zainah telah berjaya menuntut nafkah sara hidup sementara untuk beliau dan anak-anaknya dari bekas suaminya itu di Mahkamah Tinggi Syariah.

Tengku Puteri Zainah dan anak-anak, walaupun cuba menunjukkan kegembiraan di wajah masing-masing, tetapi itu hanya sekadar kegembiraan kerana menyambut kedatangan Hari Raya, bergambar di pagi Hari Raya Puasa 1987.

Pada malam menjelang Hari Raya itu juga lah bekas PM Najib dan Rosmah telah pergi ber’honeymoon’ di Eropah. Juga menjadi pertama kali nya Nizar, Puteri Norlisa dan Naziffuddin berhari raya tanpa bapa mereka disisi.

Itulah sedikit kisah pahit dan sedih bekas isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Mungkin kisah ini tidak pernah didedahkan kepada rakyat secara umumnya, namun perkara ini betul-betul terjadi kepada bekas isteri kepada bekas Perdana Menteri ini.

Semoga Puteri Zainah hidup dengan keadaan tenang dan diberkati oleh Allah. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Buang yang keruh ambil yang jernih. Kini, Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak tidak lagi bergelar sebagai Perdana Menteri Malaysia. Betapa cepatnya masa berlalu dan cepatnya Allah merubah darjat seseorang.

SarangBurung