Pernah terpalit kontroversi, Ismail Izzani mengaku masih lagi pergi kelab malam, “Saya tak mahu hipokrit”

Pernah terpalit kontroversi, Ismail Izzani mengaku masih lagi pergi kelab malam, “Saya tak mahu hipokrit”

 

Sebelum ini, penyanyi dan pelakon Ismail Izzani pernah mencetuskan kontroversi apabila tular videonya mengunjungi kelab malam dan berseronok dengan seorang wanita. Isu panas ini turut membuatkan pelakon itu menerima kecaman hebat dan ada juga yang ‘menyerang’ akaun media sosialnya.

Tidak mahu digelar hipokrit, Ismail mengaku dia masih lagi mengunjungi kelab malam walaupun pernah ‘kantoi’ sebelum ini. Menurutnya, dia juga adalah manusia biasa dan tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan oleh itu dia enggan menyorok mengenai kunjungannya ke kelab malam.

“Tentang pergi kelab malam atau berparti, kadang-kadang kita semua masih pergi. Saya masih pergi. Tapi, saya tahu batasnya. Ada benda kita pergi ke sana ada sebab. Kadang-kadang, kawan kita ada di sana. Kadang-kadang juga, sebab nak berseronok.”

Menurutnya, walaupun dia masih lagi berkunjung ke kelab malam, dia sedar akan batas yang perlu dijaga. Malah dia juga tidak menafikan ada kalanya dia hanya ingin berseronok di kelab malam atau sekadar berjumpa kawan-kawannya yang berada di sana.

Tak boleh puaskan hati semua

Tambahnya lagi, dia tidak dapat memuaskan hati semua pihak dan sebagai seorang selebriti, sudah tentu dia akan menjadi perhatian ramai di mana-mana sahaja dia berada. Walaupun teruk dikecam, Ismail menganggap para ‘haters’ sebenarnya adalah insan yang banyak membantunya untuk sentiasa beringat bahawa dirinya tidak sentiasa betul.

“Bagi saya, siapa yang betul-betul sokong, saya sangat-sangat menghargainya. Haters juga banyak membantu. Mereka membuat saya beringat dengan cara yang kasar. Saya tak sentiasa betul dan saya takkan betulkan apa yang salah.”

Terdahulu, Ismail Izzani digelar sebagai artis bermasalah apabila sekali lagi ‘kantoi’ mengunjungi kelab malam dan berhibur bersama wanita. Sebelum ini juga, penyanyi itu pernah dilihat berada di kelab malam bersama seorang pelakon wanita sekitar beberapa tahun lalu.