Putera raja Arab mati selepas berpesta seks dan dadah

Putera raja Arab mati selepas berpesta seks dan dadah

Tabiat berhibur dan berpesta seks liar dianggap sudah sinonim di kalangan ahli keluarga pemimpin raja Arab. Malah mereka semakin berani melakukan aktiviti tersebut di dalam negara, satu berita yang sangat jarang ditemui sebelum ini.

Baru sahaja lagi, dunia Islam khususnya tanah Arab digemparkan dengan penganjuran konsert Justin Bieber sempena penganjuran perlumbaan kereta FI, di bandar Laut Merah, Jeddah, Arab Saudi.

Acara itu dilaporkan dihadiri seramai 70,000 penonton sekali gus merekodkan sebagai kehadiran tertinggi dalam sejarah penganjuran konsert di Arab Saudi.

Konsert yang diadakan pada waktu malam itu menerima kecaman daripada aktivis hak asasi manusia yang menggesa Bieber membatalkan persembahannya.

Terkini, seorang putera raja Arab ditemui mati selepas satu parti dadah dan seks di apartmen mewah milikya di sini, menurut satu inkues.

Sheikh Khalid bin Sultan Al Qasimi, 39, anak pemerintah Sharjah di Emiriyah Arab Bersatu berparti dengan seorang lelaki bernama Yohan Escobar di rumah mewahnya di Knightsbridge, lapor portal FMT.

Putera UAE itu yang merupakan seorang pereka fesyen dan pemilik label Qasimi, ditemui mati oleh seorang pencuci pada 1 Julai tahun ini.

Beliau pada mulanya menyangka Khalid tidur, tetapi terperanjat selepas menyentuh lehernya dan mendapati ia sangat sejuk.

Inkues diberitahu, pencuci itu menjerit meminta tolong menelefon 911. “Dia mati, dia mati,” tetapi pegawai paramedik tidak dapat menyelamatkannya dan beliau diisytiharkan mati di tempat kejadian.

Ujian toksikologi mendapati paras GHB yang tinggi dalam tubuh Khalid, selain kesan penggunaan kokain.

Bedah siasat mencatatkan sebab kematian sebagai keracunan dadah, inkues diberitahu.

Pegawai penyiasat Andrian De Villiers memberitahu inkues bahawa Khalid berparti dengan Escobar pada malam sebelum kematian beliau.

Escobar yang tidak merupakan orang disyaki ke atas kematiannya menyangka Khalid tidur sewaktu meninggalkan apartmen itu kerana terdengar pereka fesyen itu berdengkur.

Andrian berkata,”tidak terdapat tanda mana-mana orang memberi atau mendorong Khalid mengambil dadah tersebut”.

Satu kenyataan yang dibacakan di mahkamah mendedahkan minat Khalid untuk “mencipta” berkembang apabila beliau berpindah dari Sharjah ke England pada usia 9 Tahun.

Ia berkata, Khalid “sangat berminat dengan kerja sosial, terutamanya yang berkait dengan pelarian. Beliau percaya isu ini akan mendapat manfaat daripada platform yang disediakannya.

Koroner Bernard Richmond QC memberi keputusan kematian berkaitan dadah di Mahkamah Koroner Westminster.

Bapa Khalid, Sheikh Dr Sultan Muhammad Al Qasimi memerintah Sharjah sejak 1972.

Putera sulungnya daripada perkahwinan pertama, Sheikh Mohammed bin Sultan bin Mohammed Al-Qasimi, mati kerana pengambilan dadah berlebihan sewaktu berumur 24 tahun pada 1999 di rumah keluarganya di Sussex.