Terkini!!! PRU-15 mengejut, pemimpin Bersatu Johor sahkan dakwaan Salahuddin Ayub

Terkini!!! PRU-15 mengejut, pemimpin Bersatu Johor sahkan dakwaan Salahuddin Ayub

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin membayangkan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) mungkin diadakan hujung tahun ini, kata bekas Menteri Besar Johor, Osman Sapian.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Bersatu Johor berkata, Muhyiddin memberikan bayangan itu dalam mesyuarat parti peringkat negeri secara maya pada 16 Jun lalu, menurut laporan New Straits Times.

Muhyiddin adalah Presiden Bersatu dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

“Ia (PRU15) mungkin diadakan pada September atau Oktober,” kata Osman yang memaklumkan jangka masa itu “masuk akal” memandangkan Parlimen perlu bersidang untuk meluluskan Bajet 2022.

Menurut Osman yang juga ADUN Kempas, pada mesyuarat dalam talian PN Johor hari sama, Muhyiddin turut membayangkan gabungan itu akan bertanding semua 56 kerusi DUN dan 26 kerusi Parlimen di Johor.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Bersatu Johor, Md Nasir Hashim, berkata Muhyiddin membincangkan banyak perkara dengan pimpinan parti negeri, termasuk pandemik Covid-19 dan persiapan untuk PRU15.

“Presiden parti meminta persiapan dimulakan untuk menghadapi PRU15 yang boleh diadakan pada hujung tahun ini atau awal tahun depan.

“Presiden (Muhyiddin) mahu membantu ekonomi untuk pulih terlebih dahulu…(dan) kes positif Covid-19 berkurangan serta antara 60 hingga 80% rakyat divaksinasi sebelum PRU15 diadakan,” kata Nasir.

“Berdasarkan laporan sebelum ini, pihak berkuasa mensasarkan imuniti kelompok akan dicapai pada Oktober atau November, dan ini adalah kunci indikator penting bila PRU15 boleh diadakan,” kata beliau.

Sumber : FMT