Selepas dikecam ahli Pas, Puad dedah rahsia Najib sewaktu menjadi PM dahulu

Selepas dikecam ahli Pas, Puad dedah rahsia Najib sewaktu menjadi PM dahulu

MARAH SUNGGUH FANATIK PAS

Ada pemimpin PAS yang mendidih bila saya tegur Menteri Hal Ehwal Agama berkaitan kes bakal jamaah haji yang terkandas di KLIA.

Rupanya ada ahli PAS macam orang lain. Suka maki dengan perkataan bodoh. Kalau Menteri ada di Mekah, Timbalan Menteri pergi mana? Pegawai Menteri semua di Mekah ke?

YAB DS Ismail Sabri hantar Setiausaha Politik beliau melawat mangas banjir Baling. PM kebetulan berada di Turkiye.

Semasa banjir besar di Tanah Merah Kelantan 2014, DS Najib main golf bersama Presiden Obama. Itu adalah golf diplomarsi. Besoknya Najib bergegas balik ke Malaysia.

Idris Ahmad memang tidak perlu balik. Tetapi tunjuklah keperihatinan. Bukan setakat ambil maklum. Kebetulan sudah ada di Mekah, gunalah PR untuk berunding dengan Kerajaan Saudi.

Bila pesawat MAS ditembak jatuh di Ukraine 2014 juga. Datuk Najib guna saluran tidak rasmi untuk bawa pulang mayat rakyat Malaysia yang terkorban.

Itu namanya PR pemimpin. Najib guna diplomasi senyap berbincang melalui telefon dengan Ketua pemisah. Sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Mana PR Idris Ahmad dan Ustaz Hadi untuk bantu mangsa bakal Haji. Kalau PR bagus, sudah pasti Malaysia boleh dapat kuota haji tambahan.

Betullah, agensi pelancongan di bawah MOTAC (Kementerian Pelancongan). Tetapi urusan haji seperti visa dan kuota haji di bawah Menteri Agama. Tanggungjawab dia.

Mereka tuduh saya mahu memburukkan PAS. Saya tidak sedar pun Menteri dan Timbalan Menteri agama orang PAS. Saya pasti wakil khas PM ke Timur Tengah Presiden PAS. Pemimpin PAS ketandusan “PR diplomasi”.

Sumber – FB Dr Puad Zarkashi