Selepas kecoh lagu Tiara rosak angkara penyanyi seberang, ini jawapan padu dari pemilik lagu sendiri

Selepas kecoh lagu Tiara rosak angkara penyanyi seberang, ini jawapan padu dari pemilik lagu sendiri

Polemik yang menimpa lagu balada rock malar segar, Tiara dendangan asal kumpulan Kris era 90an, kini semakin berlarutan sehingga menjadi semakin tidak terkawal.

Semua itu susulan cara dendangan seorang penyanyi popular dari Indonesia, Raffa Affar yang dikatakan telah merosakkan melodi dan keaslian lagu berkenaan.

Menerusi satu klip video dari seberang yang tular ketika ini menyaksikan penyanyi yang pernah mencipta fenomena dengan lagu Cinta Sampai Mati itu menyanyikan kembali lagu Tiara dalam sebuah program hiburan rancangan siaran langsung.

Meninjau komen-komen, penyanyi yang mempunyai pengikut lebih 22 juta dalam YouTube itu menerima pelbagai kecaman dan dituduh merosakkan lagu tersebut.

Orang ramai terutamanya peminat dari Malaysia menganggap penyanyi muda itu tidak layak untuk menyanyikan kembali lagu berstatus legenda ciptaan Datuk M . Nasir itu.

Rosak lagu alunan tidur aku, lagu ni legenda Malaysia, tak faham juga suara tak ada nada macam ni ada peminat berjuta.

Dia ni kalau secara langsung memang rosak la lagu, kalau rekod pun tak sedap mana suara dia.

Dato M Nasir Tampil Bersuara

Penyanyi dan komposer tersohor, Datuk M Nasir tidak berdepan masalah dengan isu lagu Tiara yang dinyanyikan dan diolah semula oleh penyanyi Indonesia itu.

Malah, selaku pencipta sepenuhnya lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Kris itu dia juga menganggap perkara itu sebagai isu yang tidak perlu terlalu diperbesarkan.

Itu coverversion sudah biasa terjadi dalam industri, jadi tiada masalah, kita penyanyi dalam negara pun buat sebegitu. Ia pendapat peribadi komen netizen, sama ada hendak marah atau tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika hadir sempena majlis menandatangani Memorandum Persefahaman MoU antara Majlis Bandaraya Ipoh MBI dan Badan Perlin.dungan Hak Cipta Muzik Berhad MACP di Bangunan MBI hari ini.

Dikatakan nyanyian lagu Tiara oleh penyanyi dari negara seberang itu merosakkan melodi dan keaslian lagu, M Nasir yang juga digelar Sifu mengakui ia satu fenomena yang tidak dapat terkawal.

“Itu rosak lagu ya lah sikit, tetapi ia tetap akan berlaku dan kita tidak dapat mengawal perkara itu. Kita kalau hendak buat sesuatu tindakan boleh, tetapi saya ingat dalam keadaan sekarang kita tak payah perbesarkan kerana mereka kawan kita juga,” katanya.

Dalam pada itu, pelantun lagu popular Mentera Semerah Padi itu mengakui lagu dalam versi cover version yang mendapat view yang lebih tinggi.

“Trend sekarang ini zaman media sosial lain sedikit, halwa telinga pun lain,” katanya.