Selepas Sugarbook disekat, bapa ayam guna MiChat jalankan aktiviti pelacuran di Kelantan

Selepas Sugarbook disekat, bapa ayam guna MiChat jalankan aktiviti pelacuran di Kelantan

Seramai 15 individu termasuk lima wanita tempatan yang dipercayai pelacur ditahan dalam serbuan di dua buah rumah di kawasan Kota Bharu, semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, berkata mereka ditahan dalam Op Noda dijalankan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.

Beliau berkata, selain lima wanita itu, turut ditahan ialah sembilan lelaki tempatan serta seorang lelaki Myanmar.

Katanya, salah seorang lelaki tempatan dipercayai bertindak sebagai ‘bapa ayam’ yang menguruskan tempahan pelanggan melalui aplikasi MiChat.

“Dalam operasi ini, PDRM Kelantan berjaya merampas barang kes yang digunakan untuk aktiviti pelacuran iaitu satu buku log yang mengandungi catatan sewaan bilik, kondom yang sudah dan belum digunakan selain lapan unit telefon bimbit pelbagai jenama.

“Turut dirampas wang tunai RM 1,917,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini, katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 372A Kanun Keseksaan dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan, katanya lagi. – AA