Semak Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bernilai rm150 tanpa kira had pendapatan

Semak Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bernilai rm150 tanpa kira had pendapatan

Dalam usaha kerajaan membantu mereka yang keliru, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan sama ada di peringkat persekutuan atau negeri.

Salah satunya menerusi Bajet Mini 2023 dan Rang Undang-undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Akauntabiliti) 2022 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Antara bantuan yang diumumkan Perdana Menteri ialah Kerajaan bersetuju untuk mengagihkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kepada semua pelajar sekolah, tanpa mengira had pendapatan ibu bapa.

TERKINI: Bantuan RM150 Tanpa Kira Had Pendapatan : Semak Kelayakan Anda Sekarang ! 1

Menurutnya, bantuan kewangan ini penting bagi menyediakan pelajar dengan peralatan sekolah yang sesuai, selain keperluan perbelanjaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan pembelian buku teks.

Jumlah Bayaran BAP

Malah, sebelum ini geran BAP hanya diberikan kepada pelajar yang mempunyai had pendapatan ibu bapa sebanyak RM3,000 sebulan. Bagaimanapun, kali ini setiap anak yang bersekolah layak menerima RM150 tanpa mengira had pendapatan ibu bapa.

Ini bermakna sekiranya sesebuah keluarga mempunyai tiga anak bersekolah, maka mereka layak menerima BAP RM450.

Tarikh Pembayaran BAP

Pembayaran BAP akan dilaksanakan bulan depan iaitu 12 Januari 2023 dan ini akan menyaksikan peningkatan berbanding RM100 pada tahun sebelumnya.

Dalam perkembangan sama, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memaklumkan bantuan tunai rakyat yang dilaksanakan sebelum ini, akan diteruskan dengan pembayaran Bantuan Tunai Rakyat Fasa 1 yang juga akan diagihkan mulai Januari 2023.

Pembayaran Fasa 1 akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion dan melibatkan bayaran RM300 untuk setiap isi rumah dan RM100 untuk penerima bujang.

Penafian

Kami bukan wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini adalah maklumat yang kami perolehi daripada laman web rasmi kerajaan. Sila rujuk pautan asal untuk maklumat lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan adalah berdasarkan maklumat semasa atau bantuan tahunan berulang.

Sumber – PortalInfo