Sering berdalih, akhirnya Zarina Anjoulie dihadapkan ke mahkamah

Sering berdalih, akhirnya Zarina Anjoulie dihadapkan ke mahkamah

Zarina, 34, yang hadir ke mahkamah dengan memakai jubah berwarna merah jambu dan bertudung, mengaku tidak bersalah di depan Majistret Mahyun Yusof, selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, Zarina dituduh menggunakan dadah jenis methamphetamine di sebuah rumah di Kampung Chalet, Nilai, pada 29 Jun lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Zarina diwakili peguam Fadhli Sutris dan Ahmad Faiz Munawar.

Mahkamah menetapkan jaminan RM2,000 dan sebutan semula kes pada 24 September depan.

Sumber – Berita Harian