Setelah 2 tahun berkahwin, hidup bahagia dan dapat anak, terbongkar rupanya suami adalah abang kandung sendiri

Setelah 2 tahun berkahwin, hidup bahagia dan dapat anak, terbongkar rupanya suami adalah abang kandung sendiri

 

Gara-gara bapa pernah menyembunyikan perkahwinannya di Thailand, seorang wanita berdepan detik ‘hitam’ apabila dia tanpa sengaja mengahwini abang kandungnya sendiri sehingga mereka dikurniakan zuriat.

Lebih mengejutkan apabila perkara itu hanya terbongkar selepas dua tahun ‘pasangan’ ini mendirikan rumah tangga.

Terkahwin dengan abang kandung

Kisah ini dikongsikan di Facebook oleh seorang Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam iaitu Fahmi Ramli.

Menurut beliau, wanita terbabit dipercayai mula berkenalan dengan lelaki itu ketika masing-masing menyambung pelajaran di sebuah universiti. Mereka bercinta selama tiga tahun sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga selepas tamat belajar.

Masa kenal, tak pernah jumpa dengan ayah lelaki tersebut. Katanya sudah meninggal. Wanita ini juga telah kematian ayah. Jadi, tak ada perkara yang curiga pun.

Selepas grad, wanita ini dinikahkan oleh abang kandung yang sulung sebagai walinya. Pernikahan berjalan dengan lancar. Selepas dua tahun pernikahan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata.

Namun segala-galanya terbongkar selepas ibu mertua wanita ini menceritakan tentang kisah silamnya bahawa dia pernah berkahwin di sempadan Thailand tanpa pengetahuan sesiapa. Selepas melahirkan anak lelaki, mereka berdua bercerai. Ternyata bekas suami ibu mertuanya itu adalah bapa kandungnya sendiri. Difahamkan, mereka juga tidak pernah membuat pengesahan pernikahan.

Keinginan wanita ini untuk melihat Sijil Pernikahan ibu mertuanya tersebut menjadi terbuak-buak sebab baru tahu tentang ibu mertuanya bernikah di sana. Alangkah terkejutnya, bila mertua itu menunjukkan nama ayah mertua yang telah meninggal itu adalah sama seperti nama ayah wanita tersebut. Terkedu lidah. Bahkan nombor kad pengenalan juga passport sama.

Menurut sumber, ibu mertua wanita ini memaklumkan bahawa bekas suaminya itu mengaku dirinya seorang duda dan mereka membuat keputusan untuk bernikah di Thailand kerana tidak mendapat restu. Alangkah terkejutnya wanita ini selepas melihat gambar ‘ayah mertuanya’ itu rupa-rupanya adalah bapa kandungnya sendiri.

Menjerit dia dan berlari dia keluar rumah dan terus pandu keretanya pulang ke rumah keluarganya. Menangis sepanjang perjalanan. Tiba di rumah ibunya, terus dia ceritakan segalanya.

Suami wanita ini tiba lebih kurang satu jam selepas balik daripada tempat kerja secara kecemasan. Bimbang apa-apa berlaku kepada isterinya. Selepas diceritakan segalanya, biru pucat suaminya tersebut. Menangis air mata mengalir tak henti.

Sementara itu, menurut peguam ini, ikatan pernikahan pasangan tersebut telah difaraq atau dipisahkan oleh pihak mahkamah.

Posting tersebut telah mendapat dikongsikan oleh pengguna Facebook hampir 1.7k kali. Di ruangan komen, ada di antara mereka turut berkongsi kisah sama yang pernah dilalui mereka. Tidak kurang juga ada yang meninggalkan pesanan dan nasihat supaya orang ramai lebih berhati-hati dan tidak ambil mudah dengan perkara seperti ini.