“Setiap malam, sebelum saya tidur, saya maafkan semua musuh saya dan orang yang menyakitkan hati saya… “

“Setiap malam, sebelum saya tidur, saya maafkan semua musuh saya dan orang yang menyakitkan hati saya… “

 

“Sim, kamu tahu kenapa saya reda dan senang hati setiap hari?

“Setiap malam, sebelum saya tidur, saya maafkan semua musuh saya dan orang yang menyakitkan hati saya… barulah saya tidur.”

Demikian antara kebaikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, yang dikongsikan oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, melalui hantaran dalam Facebook beliau, malam tadi.

Tze Tzin berkata, Timbalan Presiden AMANAH itu pernah mengajar amalan murni berkenaan kepadanya.

Foto ihsan Facebook Sim Tze Tzin

Beliau sekali gus menyifatkan Ahli Parlimen Pulai itu sebagai insan yang begitu baik hati dan peramah.

“Petang tadi (semalam), saya berkesempatan menziarahi beliau sebelum beliau pergi.

“Saya menangis sepanjang perjalanan dari Alor Setar ke Pulau Pinang. ‘My heart was broken’ (Hati saya amat sedih),” katanya.

Salahuddin disahkan meninggal dunia pada jam 9.23 malam tadi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah.

Beliau dikejarkan ke wad kecemasan HSB sekitar jam 10.15 malam Jumaat lalu setelah mengalami mual serta muntah-muntah, sebelum disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar dan menjalani pembedahan.