Siar ucapan Krismas, hukum dipegang Pas mulai goyah angkara mabukkan kuasa

Siar ucapan Krismas, hukum dipegang Pas mulai goyah angkara mabukkan kuasa

Pas mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di seluruh negara yang menyambutnya pada Ahad.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, diharap dengan sambutan perayaan berkenaan akan memupuk lebih semangat keharmonian di Malaysia.

“Ia sebagaimana ajaran semua agama serta semoga dapat terus dijaga dan diamalkan oleh penganutnya demi mewujudkan masyarakat yang bertoleransi dan bersatu-padu di negara kita ini,” katanya dalam kenyataan pada Ahad, seperti dilapor Sinar.

Hari Krismas atau Natal disambut pada 25 Disember setiap tahun oleh penganut Kristian.