SKMM tiada kuasa sekat video lagu raya ‘lucah’ Aliff Syukri, Annuar jawab YADIM

SKMM tiada kuasa sekat video lagu raya ‘lucah’ Aliff Syukri, Annuar jawab YADIM

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia (SKMM) tiada kuasa untuk menyekat video muzik (MV) lagu berjudul Kelepok Raya nyanyian usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Memetik perkongsian portal MStar, perkara itu dimaklumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa yang menjelaskan sekatan berkenaan hanya boleh dilakukan apabila mendapat perintah mahkamah.

“Kalau sekat dahulu, orang boleh saman kita. Kalau mahu sekat, perlu berdasarkan kepada undang-undang.

“Kementerian tidak boleh sekat. Yang boleh buat keputusan sekat adalah mahkamah. Kementerian hanya melaksana.

“Kalau menteri boleh sekat. Saya ni hari-hari ada benda nak sekat. Tapi kena ikut undang-undang. Dia ada kaedah,” katanya seperti dilapor Sinar.

Aliff Syukri tampil mohon maaf kepada orang yang terkesan.

Aliff mohon maaf jika MV itu menyinggung orang ramai.

Annuar mengulas cadangan segelintir pihak yang mahu MV lagu tersebut dipadam daripada laman YouTube dan media sosial.

MV raya berkenaan yang memaparkan sekumpulan penari lelaki bersolek dan berperwatakan lembut mencetuskan pelbagai reaksi kerana dikatakan kurang sesuai untuk tontonan masyarakat.

Pada pagi Selasa, Aliff tiba di perkarangan SKMM diiringi dua individu.

Kehadiran selebriti kontroversi itu bagi memberikan keterangan berhubung klip video muzik lagu nyanyiannya yang dikaitkan dengan unsur bertentangan dengan norma dan budaya tempatan.

aliff 1

Netizen mahu MV Kelepok Raya dipadam di semua platform.

Dalam pada itu, Annuar berkata selagi sesuatu perkara tersebut tidak dapat dibuktikan menyalahi undang-undang, maka tiada tindakan yang akan diambil.

“Hanya kalau melanggar undang-undang, baru akan ada tindakan yang boleh dibuat. Kalau tiada, kita tidak boleh buat sesuatu atas dasar ikut suka.

“Sebab SKMM bawah saya. Kalau saya beri pendapat, nanti siasatan dipengaruhi oleh saya,” katanya.