Status cerai belum disahkan, isteri PU Abu tulis surat terbuka buat Hana Azra
Isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Abu iaitu Ain Afini menulis surat terbuka untuk Hana Azra yang juga merupakan bekas isteri kepada suaminya.
Jelas Ain, dia terpaksa menulis surat terbuka ini kerana tiada cara untuk menghubungi Hana malah adik beradik dan keluarganya juga tidak memberi kerjasama.
Ain juga pada awalnya beranggapan dengan memaafkan dapat memudahkan dan menjadikan situasi jadi lebih baik namun kini dia sudah tidak boleh bertoleransi.
Bukan itu sahaja, Ain memaklumkan dia menerima takdir yang Hana merupakan isteri kedua suaminya namun kehadirannya sudah cukup menyakitkan tetapi diterima oleh keluarga.
Dakwa Ain, Hana sering bertindak ‘viralkan’ PU Abu setiap kali mereka dalam masalah sehingga dirinya turut terpalit.
Dalam pada itu, Ain turut mendedahkan bahawa penceraian suaminya dan Hana masih tidak mendapat pengesahan daripada Hakim namun Hana sudah menganggap dirinya ibu tunggal yang diceraikan dengan talak tiga dan berlarutan sehingga lima tahun.
Luahnya lagi, tindakan Hana memberinya trauma hingga hari ini untuk membuka media sosial kerana takut difitnah lagi.
Malah, Ain sempat berpesan kepada Hana untuk berhenti sakitkan orang sekeliling semata untuk terlihat benar.