Tarikh dan jumlah bayaran STR Fasa 4

Tarikh dan jumlah bayaran STR Fasa 4

 

Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas.

Selaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada insitiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

Maka dengan itu, bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan telah dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan kan terus di tambah baik.

Jumlah Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023

STR Fasa 4 : Tarikh & Jumlah Bayaran Diterima Mengikut Kategori

Berikut dikongsikan jumlah keseluruhan STR 2023:

Jumlah Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023

Jumlah Bayaran STR Fasa 4

Berikut dikongsikan jumlah bayaran STR Fasa 4

STR Fasa 4: Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran

Pendapatan Isi Rumah RM2,500 dan Ke Bawah:

Tiada Anak RM200
1 – 2 Anak RM600
3 – 4 Anak RM900
> 5 Anak RM1200
Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000

Tiada Anak RM0
1 – 2 Anak RM0
3 – 4 Anak RM300
> 5 Anak RM500

Warga Emas Sebatang Kara ( 60 Tahun Ke Atas) RM200

Bujang 21 – 59 Tahun RM0

Bujang OKU (19 – 59 Tahun) RM0

Tarikh Bayaran STR Fasa 4

Pembayaran STR Fasa 3 akan dibayar secara berperingkat pada NOVEMBER 2023

Seperti sebelum ini, bayaran bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak

Makala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR akan dibuat secara penebusan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran

Semakan Status STR Fasa 4

Semakan Status boleh dibuat di portal rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Apakah STR Tambahan RM600 Atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?

STR Tambahan atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan sebuah insiatif wang tambahan yang diperkenalkan oleh kerajaan ketika pembentangan Belanjawan 2023.

Bantuan ini diberikan bertujuan untuk membantu golongan miskin tegar dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Hanya golongan isi rumah di bawah miskin tegar dan tersenarai di dalam data e-Kasih, Pejabat Persekutuan atau Unit Penyelerasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri layak untuk menerima STR Tambahan ini.

Pembayaran sebanyak RM600 akan diberikan dalam tempoh enam bulan (RM100 x 6 Bulan) dalam bentuk bakul makanan dan baucar barangan makanan asas.

Maklumat lanjut mengenai Semakan status STR fasa 4 boleh layari laman web STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ atau boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian hotline BKK LHDNM di 1-800-88-2747