Terima kasih rakyat Malaysia, pencetus kempen ‘Kibar Bendera Putih’ seru rakyat bersama-sama bantu masyarakat susah

Terima kasih rakyat Malaysia, pencetus kempen ‘Kibar Bendera Putih’ seru rakyat bersama-sama bantu masyarakat susah

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi.

Di pagi yang mulia ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia tidak mengira agama, bangsa dan fahaman politik di atas sambutan kepada kempen #benderaputih yang sangat memberangsangkan ini.

Setinggi-tinggi pujian juga saya rakamkan kepada aktivis2 masyarakat di luar sana, Syarikat Speed 99, Econsave, pimpinan2 politik, artis2 tanahair, media influencer, agamawan dan banyak lagi pihak kerana telah menjadikan misi kemanusiaan ini berjaya.

Sekarang, kempen ini sudah menjadi “Gerakan Massa”, ia misi kita semua bukan lagi kepunyaan saya seorang.
Ayuh kita fokus kepada usaha2 menyalurkan bantuan dan menyantuni mereka yang terkesan dalam mengharungi saat yang getir ini.

Tidak lupa juga, ucapan terima kasih pihak media iaitu pihak Astro Awani, Malaysiakini, Famili, Sinar Harian dan lain2 kerana memberi peluang kepada saya untuk menjelaskan “apakah objektif dan rasional kempen Bendera Putih yang saya tulis ini.

Oleh itu, saya rasa sudah cukup saluran2 media fokus kepada saya, sebaliknya saya amat berharap kita semua kembali fokus kepada “mereka yang hendak dibantu”.

Bermula hari ini, saya rasa adalah tidak perlu lagi untuk berita berkenaan saya keluar di media kerana kita tidak mahu Misi Kemanusiaan ini menjadi perkara kedua pula.

Manakala, saya akan kembali fokus kepada pasukan saya “Awan Kelantan Response Team” di bawah ketuanya Dr Hafizah Mustakim untuk turut sama menjayakan Misi Kemanusiaan ini. Melihat kepada sambutan yang begitu baik, pasukan kami perlu menyusun semula gerakerja dan cuba mendapatkan sumbangan dan dana untuk turut membantu.

Saya menyusun sepuluh jari, memohon maaf sekiranya selepas ini saya terpaksa menolak sebarang interview daripada pihak media dan saluran2 wawancara samada secara bertulis atau “live”. Sebaliknya media2 boleh menemuramah ramai pakar2 dan bijak pandai yang boleh membincangkan perkara ini dan berkongsi kepada kita semua.

Mari lah kita sama2 berdoa supaya pandemik ini cepat berakhir, ekonomi kembali pulih seperti sediakala supaya kita semua dapat kembali hidup seperti dulu. Usaha ni tidak akan berjaya tanpa kesatuan hati yang kuat di antara kita.
“Bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana muafakat”, ” lidi kalau sebatang ia rapuh seikat ia kuat tak dapat patahkan”.

Sekian. Wasalam

Sumber – FB Jah