Terkini!!! DBKL tutup Padang Merbok bagi tujuan baik pulih

Terkini!!! DBKL tutup Padang Merbok bagi tujuan baik pulih

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini mengumumkan penutupan sementara Padang Merbok daripada sebarang aktiviti mulai 22 Februari 2022, Selasa.

Pengumuman itu dibuat melalui laman rasmi FB Dewan Bandaraya Kuala Lumpur petang tadi.

Menurut DBKL lagi, penutupan tersebut adalah bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan terhadap padang tersebut.

Walaubagaimanapun tempoh penutupan tidak dimaklumkan. Di kesempatan itu, pihak DBKL turut memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang berlaku sepanjang penutupan tersebut.

Rata-rata pengguna media sosial pula mula mengaitkan penutupan tersebut dengan 2 isu besar yang sedang melanda umat Islam di Malaysia hari ini.

Isu pertama melibatkan penolakan Mahkamah Persekutuan terhadap kelulusan DUN Selangor yang memberi kuasa semakan kehakiman terhadap Mahkamah Tinggi Syariah.

Manakala isu kedua pula melibatkan arahan hakim Mahkamah Tinggi supaya 3 kanak-kanak mualllaf dipulangkan semula ke pangkuan ibunya, seorang penganut agama Hindu.

Namun ada juga yang mengaitkan penutupan tersebut dengan sambutan ulang tahun mengingati perjuangan Himpunan RUU 355 yang telah diadakan di padang tersebut pada bulan sama 5 tahun lepas.

Program tersebut dilaporkan berjaya menghimpunkan lebih 200 ribu umat Islam seluruh negara untuk turun bersama-sama menyatakan sokongan mereka terhadap pindaan akta RUU 355 yang dikatakan akan memperkasakan agama Islam di Malaysia.

Namun selepas 5 tahun dan merampas kuasa kerajaan pusat, akta RUU 355 masih senyap sunyi dan terus diperlakukan seperti bola sepak, ditendang di sana sini oleh mereka yang giat memperjuangkannya dahulu.