Terkini!!! Idea pinjam vaksin Selangor cadangan YB PH kepada MB, bukan Exco Kesihatan
Kami rasa bersyukur kerana idea ini diterima oleh YAB MB kedua-dua negeri. Saya masih ingat lagi, adun PH bertemu dengan YAB MB pada jumaat yang lalu di luar dewan persidangan. Sudah tentu mengadu tentang prestasi kerja Exco Kesihatan, namun kami lebih menggunakan masa memberikan idea supaya kadar vaksinasi dipercepatkan dalam negeri, termasuk idea “pinjam” vaksin.
Apabila YAB MB bersetuju pandangan ini, saya telah berhubung dengan YAB MB Sgor (sama parti), dengan pantasnya beliau bersetuju secara prinsipnya idea ini dan dipanjangkan kepada SS negeri masing-masing. Maka, saya terus berhubung dengan pegawai MB tentang berita baik dan disusuli dengan perbincangan antara kedua-dua negeri.
Pada ketika ini, baik kerajaan atau pembangkang, kami komited untuk menyokong kepada usaha-usaha membantu rakyat, tanpa mengambilkira fahaman politik. Kami akan terus membantu dalam Majlis Pemulihan Negeri dan JK Kesihatan Awam yang bakal ditubuhkan oleh kerajaan negeri nanti.