Terkini!!! Kamarudin disingkir daripada jawatan Pesuruhjaya selepas menipu kelulusan akademik

Terkini!!! Kamarudin disingkir daripada jawatan Pesuruhjaya selepas menipu kelulusan akademik

Senarai lantikan jawatankuasa kerja Pas Pusat selesai dilakukan semalam. Pas memilih untuk mengekalkan calon pemimpin yang tewas dalam pemilihan baru-baru ini.

Antara yang dilantik semula membarisi jawatankuasa kerja Pas ialah Nik Abduh, Khairudin Aman Razali At Takiri dan Zuhdi Marzuki.

Bagi lantikan Pesuruhjaya Negeri juga tidak banyak perubahan berlaku. Razman antara nama yang bakal digugurkan bagi memberi laluan kepada menantu Hadi juga kembali dilantik.

Bagai dijangka, Kamarudin Sidek ditendang dari senarai tersebut selepas berdeoan beberapa isu memalukan semasa PRN Melaka baru-baru ini.

Menurut sumber, antara isu yang menimbulkan kemarahan pimpinan Pas adalah dalam isu menipu kelulusan akademik yang menjadi bola tanggung kepada pembangkang menyebabkan harapan Pas Melaka menyaksikan lahirnya anak tunggal mereka memenangi kerusi DUN musnah.

Janji Kamarudin juga untuk menyelesaikan isu dakwaan memalsukan kelulusan akademiknya dalam tempoh berkempen juga gagal ditepati sehingga tamat masa berkempen.

Untuk mengelakkannya terus menjadi liabiliti kepada parti, calon PN di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong itu telah digantikan dengan Ketua Dewan Ulama Pas Melaka, Zulkifli Ismail.