Terkini!!! Kes ke wad kecemasan menurun, kes BID (Brought In Dead) naik mendadak

Terkini!!! Kes ke wad kecemasan menurun, kes BID (Brought In Dead) naik mendadak

Sebanyak 101 kes kematian di luar hospital (BID) akibat COVID-19, direkodkan hari ini yang juga merupakan angka tertinggi, setakat ini.

Jumlah itu meliputi 46 kes membabitkan rakyat Malaysia, manakala 55 lagi warga asing, dengan Selangor mencatat 49 kematian, Kuala Lumpur (31), Pulau Pinang (sembilan), Johor (empat), Sabah (tiga), Perak (dua), Sarawak (dua) dan Kelantan (satu).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia adalah sebahagian daripada 282 kematian baharu akibat COVID-19 yang dilaporkan, hari ini.

“Selangor mencatat 108 kematian baharu akibat COVID-19, hari ini, diikuti Kuala Lumpur (45).

“Selain itu, Johor (44), Pulau Pinang (24), Kedah (15), Perak (13), Sabah (sembilan), Sarawak (enam), Melaka (enam), Negeri Sembilan (lima), Pahang (empat) dan Kelantan (tiga),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sumber – Berita Harian