Terkini!!! Muhyiddin dinasihat terus dapatkan rawatan susulan

Terkini!!! Muhyiddin dinasihat terus dapatkan rawatan susulan

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih menerima rawatan di hospital akibat jangkitan pada sistem penghadaman.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan, keadaan kesihatan Perdana Menteri bagaimanapun berada dalam keadaan stabil dan bertambah baik.

“Selepas menjalani pemeriksaan kesihatan yang rapi, didapati tiada bukti menunjukkan masalah tumor lama yang berulang.

“Atas nasihat pasukan doktor, beliau kini berada di hospital untuk terus mendapatkan rawatan antibiotik intravena,” katanya hari ini.

Bagaimanapun, Perdana Menteri dibenarkan bertugas semasa dalam rawatan dan beliau dijangka dibenarkan keluar dari hospital dalam tempoh beberapa hari lagi.

Pada masa sama, Perdana Menteri mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesihatan beliau.

Muhyiddin dimasukkan ke hospital pada 30 Jun lalu kerana mengalami diarea.

Sumber – UTUSAN ONLINE