Terkini!!! Selepas minta dibicara, nama Mat Maslan bakal terkeluar dari senarai kabinet baru

Terkini!!! Selepas minta dibicara, nama Mat Maslan bakal terkeluar dari senarai kabinet baru

Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini atas dua pertuduhan iaitu gagal mengisytiharkan RM2 juta diterima daripada Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memberi pernyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut laporan sebelum ini, kes itu dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi selepas Hakim Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan Ahmad.

Pada 21 Jan 2020, Ahmad didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar berjumlah RM2 juta yang diterima daripada bekas perdana menteri itu kepada LHDN dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan Bagi Tahun Taksiran 2013 yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Bagi pertuduhan kedua, Ahmad didakwa memberi pernyataan palsu kepada SPRM semasa percakapannya dirakam oleh pegawai penyiasat SPRM, iaitu Ketua Penolong Kanan Penguasa Mohd Zairi Zainal mengenai isu itu.

Sumber – FMT