“Terlalu toksik, saya chow dulu dari media sosial” – Shila Amzah merajuk selepas dikecam pakai baju sendat?

“Terlalu toksik, saya chow dulu dari media sosial” – Shila Amzah merajuk selepas dikecam pakai baju sendat?

Penyanyi Shila Amzah memaklumkan dia mengambil keputusan untuk berehat daripada media sosial buat sementara waktu.

Menerusi Instagram story, Shila menjelaskan dia berbuat sedemikian kerana merasakan media sosial ini sebuah platform yang toksik buat dirinya.

Saya akan berhenti bermain media sosial untuk sementara waktu, ia telah menjadi tempat yang agak toksik untuk saya.

shila amzah

Isteri kepada Ubai itu tidak menjelaskan secara terperinci apakah punca dia membuat keputusan itu namun ia dipecayai kerana kemunculannya di Konsert HausBoom Music 2023 yang berlangsung semalam.

Difahamkan, Shila telah menerima kritikan ramai yang berpendapat pakaiannya tidak sesuai dengan penampilan wanita bertudung.

Mereka ini menyifatkan pemakaian Shila menampakkan bentuk perutnya apabila jaket merah jambu dipakai ditiup oleh angin.

shila

Ini bukanlah kali pertama Shila Amzah dikritik membabitkan pemakaiannya malah sebelum ni pelantun lagu Patah Seribu itu turut diperli kerana memakai gaun ketat ketika majlis perkahwinannya baru-baru ini.