Tidak sampai 1 jam upload bukti Hidayah tabur garam keliling rumah arwah Abam, Ali padam video
Rayuan untuk ketepikan saman telah ditolak dan Ali Puteh tetap diperintahkan untuk membayar RM60,000 kepada balu Abam, Nor Hidayah.
Inilah perkembangan terbaru yang sempat dilaporkan berita rasmi bertarikh 28 Disember 2022 lepas.
Disangka akan menjadi titik noktah segalanya, namun sengketa terbaru muncul lantas mengejutkan ramai.
Sedih rumah Dayah teruk tau dah macam hutan…Datang rumah sendiri tak dibagi masuk
Genap 3 tahun pemergian Abam Bocey, Hidayah sebentar tadi berkongsikan sebuah video dia tiba di perkarangan rumah yang pernah didiami 3 beranak itu suatu ketika dahulu.
Luluh hatinya melihat keadaan kediaman tersebut dipenuhi semak seakan tidak diuruskan.
Lebih mengecewakan, banyak kenderaan jelas diparkir menandakan ia berpenghuni.
Namun setelah 1 jam menunggu, tiada seorang pun yang menyahut apabila salam diberi.
@hidayah_hamzah Hari ini Genab 3 tahun arwah Suami tinggalkan Kami Al-fatihah Syed Umar Mokhtar.. Abg syg dtg Rumah Kita tapiiiii..korg tolong Viralkan video ni 👏 sedih sgt2 #hidayahabamviral #videoviral #tolongviralkan #viral
Saya tak tahu apa motif balu Abam & peguam dia datang sini…Allah tak tidur
Belum 1 jam video Hidayah tular, Ali Puteh segera memuat naik video penjelasan memandangkan ramai netizen mula mengecam.
Sudah tidak tinggal di sana sejak ibunya dijemput Ilahi, pelawak ini bergegas datang ke situ setelah abang iparnya memberitahu tentang keadaan rumah Abam.
Alangkah terkejut, Ali menjumpai butiran taburan garam kasar, cicak, kepingan daun hijau beserta kulit limau di sekitar luar pagar.
Kenapa delete video? Tak sempat tengok sampai habis
Pun begitu, hasil tinjauan terbaru mendapat Ali sudah pun memadamkan video berkenaan kurang 1 jam selepas ia dimuat naik ke Instagram Justeru ramai netizen berpusu ke posting lain dan mengajukan persoalan.
Turut bersedih dengan masalah 2 pihak tersebut yang tidak berpenghujung, ramai yang mula meneka-neka sebab mengapa Ali bertindak memadamkan video penemuan taburan benda pelik.
Ada juga yang beranggapan Ali enggan mengeruhkan keadaan sehingga berisiko melibatkan saman baru, maka lebih baik rakaman tadi diturunkan demi kebaikan bersama.