Tudung Hajjah Nelydia Senrose dah ‘terbang’?

Tudung Hajjah Nelydia Senrose dah ‘terbang’?

 

Pelakon terkenal, Nelydia Senrose baru-baru ini keluar bercuti di Bangkok, Thailand bersama saudara-maranya.

Gaya penampilan yang manis bertudung selama ini menjadi tanda tanya netizen apabila melihat pelakon wanita itu hanya mengenakan topi di kepala tanpa memakai hijab.

Hajjah Nelydia dah bertudung lepas pulang daripada haji…

Sebelum ini, Nelydia atau nama penuhnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen mengambil tindakan untuk berhijab selepas pulang daripada menunaikan ibadah haji bersama suaminya pada tahun lalu.

Walau bagaimanapun pelakon wanita ini lebih manis apabila memakai hijab menerusi perkongsian di Instagram miliknya.

“Vacation vibe check…” – Kepsyen hantaran Instagram Aprena Manrose

Menerusi satu hantaran Instagram milik pelakon Aprena Manrose, kelihatan dia dan beberapa sepupunya termasuk Nelydia Senrose serta rakan lain menggayakan ‘outfit’ masing-masing dengan menampilkan gaya karakter berbeza.

Bagaimanapun, penampilan yang dikenakan ketika bercuti telah mencuri tumpuan netizen apabila dia kelihatan hanya mengenakan topi di kepala dengan baju yang memperlihatkan anggota leher.

Tindakannya dikritik netizen apabila pelakon terkenal ini sudah bergelar seorang ‘Hajjah’.

 

“Nelydia tu dah tak pakai tudung ke…”- Netizen

Menjengah ke ruangan komen yang dibanjiri oleh netizen sekali gus telah menegur serta mempersoalkan tentang penampilan baru Nelydia Senrose.

“Hajjah Nelydia tu otw free hair ke?.”

“Dah terbang dah tudung Nelydia.”

“Kenapa dengan Nelydia.”

“Aikk nampak macam Nely tak bertudung, cuma bertopi.”

“Whyyy Hajjah Nelydia.”

“Kesian Nelydia.”

“Ya Allah Hajjah Nely..Teruskan Istiqomah.”

“Terbang dah tudung.”

“Aku 10 kali ulang tengok Nelydia tu. Otw tak bertudung ke tu.”

“Nely dah freehair balik?.”

“Sampai sana hilang tudung Hajjah.”

Namun begitu, terdapat juga peminat yang memilih untuk bersikap positif dengan memaklumkan bahawa Nelydia tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang dia sudah berhijab sepenuhnya.

Netizen juga beranggapan penampilan baru Nelydia bukan pelik kerana dia masih menggunakan gambar tidak bertudung di ‘profile’ milik Instagramnya.

Netizen juga memberi komen tentang ke mana tudung yang dikenakan Nelydia selama ini.

Netizen seakan memberi gambaran bahawa tudung yang dikenakan selama ini lesap hilang.