Umum lahirkan baby, tindakan mengejut artis wanita terkenal ini cetus tanda tanya

Umum lahirkan baby, tindakan mengejut artis wanita terkenal ini cetus tanda tanya

Melahirkan anak merupakan satu momen paling indah buat seorang wanita bergelar isteri.

Bayangkan selama 9 bulan 10 hari menggendong bayi di dalam perut sendiri pastinya satu detik yang tidak dapat dilupakan seumur hidup oleh sipemunya badan.

Merasai sendiri pengalaman bentuk badan yang berubah, alahan mengandung, selera makan yang tidak menentu dan tidak dapat tidur dengan selesa dianggap asam garam buat wanita bakal bergelar ibu ini.

Namun bagaimana pula bagi mereka yang tidak pernah mengalami perkara tersebut, tetapi tiba-tiba mengumumkan telah pun melahirkan anak?

Begitulah halnya yang berlaku ke atas selebriti terkenal Bollywood ini. Priyanka Chopra, 39, dan suami penyanyi terkenal Nick Jonas, 29, mengumumkan kelahiran anak pertama mereka melalui kaedah ibu tumpang.

Menurut laporan yang dikongsi Astro Awani, Priyanka mengumumkan berita gembira tersebut melalui catatan terbaharu di akaun Instagram miliknya.

“Kami berbesar hati ingin mengumumkan kelahiran anak kami melalui ibu tumpang.

“Kami ingin meminta untuk tidak diganggu pada waktu istimewa ini supaya kami dapat memberi fokus kepada keluarga kami.
“Terima kasih semua,” catatnya.

Rata-rata selebriti mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut di media sosial termasuk Joe dan Kevin Jonas serta pelakon Awkwafina, Eiza Gonzalez dan Karen Gillian.

Priyanka dan Nick berkahwin di India pada Disember 2018 dalam acara dua hari yang menyaksikan upacara mengikut agama Kristian dan Hindu.

Pasangan itu kini menetap di Los Angeles bersama tiga anjing mereka Diana, Gina dan Panda.