Hafidz Roshdi & Shuhada sakan berbalas surat terbuka, Athira tinggal pesan di IG, “Dah solat ke?”

Hafidz Roshdi & Shuhada sakan berbalas surat terbuka, Athira tinggal pesan di IG, “Dah solat ke?”

 

Menjelang hari Hafidz Roshdi bakal didakwa di Mahkamah Kuala Kubu Baharu, pada Isnin ini, pelakon itu memilih untuk melayangkan surat terbuka kepada isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri di Instagram (IG).

Tidak mendiamkan diri, Shuhada dilihat mempertahankan dengan menegaskan kemelut rumah tangga mereka berpunca daripada kepercayaan yang didakwa sudah dikhianati.

Dah solat?

Tidak ketinggalan, wanita yang didakwa sebagai penyondol iaitu Athira Yuhada turut memuat naik entri di akaun miliknya.

Dengan kapsyen ringkas, Athira bertanya sama ada warganet sudah menunaikan solat maghrib?

Menerusi perkongsian tersebut, Athira dilihat memakai telekung berwarna putih yang bersulam biru, duduk di atas sejadah ‘maroon’ serta terdapat senaskah Al-Quran.

Hantaran tersebut turut menggunakan lagu ‘Roses Are Red’ nyanyian asal John Caryl sebagai muzik latar.

Sebelum ini, Shuhada mendakwa Hafidz telah menumbuk sebanyak tiga kali di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh.

Gara-gara perbuatan itu, Shuhada menerima 10 jahitan di bahagian pipi kiri dan menyebabkan cacat kekal.

Sebelum ini, Hafidz berdepan kontroversi apabila kisah rumah tangga menjadi perbualan hangat ekoran dakwaan curang.

Pada 23 Februari lalu, Hafidz kemudian menceraikan Shuhada dengan talak satu sambil bersaksikan ahli keluarga.