Ngeri! Ibu ditikam, anak pula ditemui di dalam mulut buaya
Penemuan mayat seorang wanita di Florida, Amerika Syarikat dengan kesan tikaman telah menimbulkan tanda tanya tentang keberadaan anaknya.
Tingkah laku mencurigakan sang suami yang enggan membuka mulut juga menyukarkan pihak polis untuk menjalankan siasatan.
Susulan daripada kejadian tersebut, anak pasangan itu yang berusia dua tahun dilaporkan hilang kerana tidak berjaya dikesan pihak polis.
Namun, misteri kehilangan anak kecil itu terjawab apabila anggota polis menemui buaya berhampiran dengan kediaman keluarga berkenaan.
Ketua Polis St. Petersburg, Anthony Holloway berkata, reptilia tersebut ditemukan dengan sesuatu yang berada di dalam mulutnya.
Menurut Anthony, pasukan polis kemudian memutarkan badan buaya sehingga jasad kanak-kanak itu dikeluarkan dari mulutnya.
Anak kecil yang bernama Taylen Mosley itu disahkan meninggal dunia selepas berjaya ditemui Jumaat lalu, sehari selepas penemuan mayat ibunya.
Suspek iaitu bapa mangsa difahamkan telah dimasukkan ke hospital pada hari yang sama kerana kerana cedera di tangan dan lengan, lapor CNN.
“Dia kemudian telah disoal siasat tetapi dia tidak mahu membuka mulut dan meminta untuk menghubungi peguamnya,” kata Anthony.
Siasatan masih berjalan, namun maklumat lanjut berhubung punca kematian Taylen tidak didedahkan oleh pihak polis.