Bekas anggota polis ini kongsikan kisah kartel dalam PDRM seperti didedah Tan Sri Hamid Bador

Bekas anggota polis ini kongsikan kisah kartel dalam PDRM seperti didedah Tan Sri Hamid Bador

SEDIKIT INFO MENGENAI MENDIANG GCL BERKAIT KES AKU

Bukan nak bercerita buruk pada orang dah tiada. Hanya kebenaran yang ingin disampaikan.

Mendiang GCL ni pada suatu masa 5 tahun lalu telah membuat rakaman percakapan risikan bersama anggota beliau terhadap aku semasa dalam reman 11 hari di bawah sek 39b dan 61 hari di bawah LLPK. Beliau adalah dari Cawangan Interogasi JSJN Bukit Aman ketika itu.

Setiap butir dalam percakapan risikan tersebut hanya 5% yang betul iaitu biadata aku, manakala 95% adalah rekaan semata-mata untuk memberikan beban kesalahan terhadap aku. Sehinggalah aku dimasukkan ke penjara simpang renggam dan dibuang daerah di Johor Bahru dengan memakai peranti EMD.

Semasa di penjara, bulan Mei 2017 aku mendapat perkhabaran dari luar bahawa GCL ini telah ditangkap bersabit kes rasuah yang melibatkan sindiket dadah di kawasan Selangor. Malah salah seorang sindiket yang terlibat dengan beliau turut ditahan di bawah LLPK dan dimasukkan ke penjara yang sama dengan aku.

Beliau ditangkap pada bulan puasa, tamat riwayat pun bulan puasa.

Setelah tamat tempoh reman, beliau dibebaskan dengan jamin, kemudian ditukarkan dari JSJN ke Maktab Polis di Cheras.

Pada 27 Mac 2019, pada hari aku bebas dari dibuang daerah dan dibuka gelang peranti EMD, beliau dituduh dimahkamah atas kesalahan rasuah sebanyak RM1.35 juta dan sekali lagi dituduh sebanyak RM1.5 juta pada keesokkan harinya. Total RM2.85 juta dengan 5 pertuduhan.

Kemudian aku mendapat tahu beliau ditahan kerja sehingga perbicaraan tamat.

Pada bulan Ogos tahun lalu, aku sengaja ke mahkamah Jalan Duta untuk mengikuti proses perbicaraan beliau. Dari kandang tertuduh, dia menoleh melihat aku di kerusi penonton. Masa tu rasa macam nak tumbuk je dia.

Dari keterangan saksi pendakwaan yang aku lihat dan dengar, pada hemat aku memang tiada peluang dia nak menang. Mahkamah berhenti rehat sebentar dan aku keluar untuk ambil angin.

“Tuan Saiful.. apa khabar?”, Tegur seorang lelaki dibelakang aku. Bila aku toleh si GCL ni yang tegur.

“Eh, you boleh keluar ke?” Tanya aku semula.

Masa ni memang peluang aku nak ludah dia, tapi apa boleh buat, mask yang aku pakai menghalang aku untuk berbuat demikian. Kami berbual di luar mahkamah hampir 15 minit. Dia sempat meminta maaf pada aku.

Dalam dia mengakui salah dia pada aku, masih lagi hendak menegakkan benang yang basah. Katanya semua yang terjadi pada aku dah dirancang untuk pastikan aku dibuang kerja.

“Tuan, macam mana tuan dapat arahan atasan untuk tembak mati suspek kes tuan, macam tu juga saya dapat arahan dari atasan saya”, kata GCL.

“Bro, orang yang aku terpaksa tembak tu penjenayah bro. Takkan ko tak fikir langsung bila ko terima arahan tu? Siapa yang arahkan ko? Bathu ke Mokhtar?” Tanya aku.

“Saya tak boleh nak sebut nama dia tuan. Tapi tuan mesti tahu kan siapa dia. Betullah tu.” Jawab GCL.

“Siapa dia bro?” Tanya aku lagi.

“Yang tuan sebut nama tadi la.” Jawab GCL

“Aku nak dengar dari mulut ko bro.” Desak aku.

GCL mengambil sikap untuk terus memberi teka teki kepada aku.

“Tuan, pertuduhan yang I bagi tu memang sangat rendah kecil, patut tuan boleh menang semasa proses lembaga lagi dan patut boleh kerja dah sekarang. Tapi tuan punya lawyer boleh kasi kalah. Tuan silap pilih lawyer.” GCL cuba nak menyalahkan aku.

“Bro, sepatutnya aku tak perlu sampai kena lantik lawyer, masuk jail dan kena PCO pun. Ko punya statement dari awal yang jahanamkan aku. Aku faham proses soal siasat, dan aku bagi kerjasama. Tapi ko buat naya kat aku dengan statement ko.” Balas aku.

“Tuan, I minta maaf, macam I cakap tadi la I kena ikut arahan.” Balas GCL

“I pun sedih bila tuan tulis macam-macam pasal I. Tapi I know what you have been through. Tuan ada hak untuk bagitau kebenaran. That your right. I support tuan. Kita sama-sama polis.” Sambung GCL lagi.

“Patut ko support aku masa aku kena reman dulu. Siasat betul2-betul. Ko nak support sekarang memang takde guna dah.” Balas aku.

“Tuan, I nak kena masuk semula.Mohon tuan jangan cerita dalam FB ya pasal kita sembang hari ni.” Pinta GCL

Aku buat tak tahu. Sebelum masuk semula ke dalam mahkamah, dia meminta izin untuk dapatkan no telefon aku untuk berhubung. Aku tidak beri, dan jika dia ingin berhubung hanya mesej di ruang messenger FB.

-Shadow-
9 April 2022
7 Ramadhan 1443H

Sumber – FB Saiful Bahari Yunus