Di saat PN terus berpolitik, AMANAH ambil pendirian berbeza demi rakyat

Di saat PN terus berpolitik, AMANAH ambil pendirian berbeza demi rakyat

Peja hilang undi percaya di Perak

Undi beri kepercayaan kepada Peja dapat 10 undi. Mungkin mereka adalah Paul, Siva, Hasnol, Nolee, Zainol, Setpol dan tiga dari Adun Pas. Seorang lagi masih dicari.

Manakala 48 undi menolak. Tiada yang berkecuali. Ini bermakna Peja hilang kepercayaan sebagai MB. Maka, langkah seterusnya Peja kena menghadap Sultan Perak bagi melepaskan jawatan MB. Umno mengidam jawatan MB. Langkah pertama adalah mengosongkan. Dan ia hampir tercapai.

Sultan Perak akan pilih salah seorang Adun akan menjadi MB baru jika baginda berasa satu keperluan dari segi undang-undang. Atau Peja bubar Dun. Ini pilihan yang agak sukar. Pilihan yang paling hampir adalah melantik MB baru. Kerajaan PN/MN masih kekal kecuali mereka buat deal dengan PH.

Usul ini serampang ribu mata. Ia juga menuju kepada kebijaksanaan Tuanku Sultan Perak memilih calon MB. Umno akan main game dengan mana-mana pihak yang bersetuju bentuk kerajaan. Usul ini juga menembak ke arah Pas Perak yang lebih selesa dengan Peja. Pas terpaksa mencari dahan baru untuk bergayut atau Pas akan menjadi dahan untuk sesiapa yang ingin bergayut.

Taktik politik kotor akan melihat bagaimana kepentingaan negara dikesampingkan. Covid 19 bukan masalah negara. Tolak belanjawan bukan masalah negara. Ia adalah percaturan politik. Politik tidak pernah damai. Konon mahu beri usul percaya kepada Peja. Speaker dari Umno membenarkan usul tersebut. Bila tiba mengundi secara sulit. Nyata Peja tidak mendapat kepercayaan dari majoriti Adun.

Itu taktik untuk menjatuhkan Peja yang telah terlebih awal menjatuhkan kawan-kawannya dalam PH. Demi kedudukan sebagai MB, Peja menikam kawan-kawan sendiri yang berjuang sama. Turut membuntuti adalah beberapa exco cabuk dari PH yang hilang kawalan. Ini bukan hukuman Tuhan, Ini adalah lumrah kehidupan berkandang dengan harimau.

PN dan MN adalah haiwan politik yang liar. Sebuah himpunan makhluk perosak alam yang damai.

Amanah Perak melalui Biro Politik sebenarnya sudah membuat keputusan untuk berkecuali dan tidak mahu terjebak politiking yang tidak perlu dalam kadar Covid 19 di Perak tinggi. Namun Pengerusi Amanah Perak, Haji Asmuni Awi menerima arahan Nasional untuk turut serta dalam proses pengundian.

Saya memang setuju untuk berkecuali tetapi saya juga terpaksa bersetuju untuk mengundi tolak Peja seperti yang diarahkan oleh Nasional. Dhamir saya ingin berkecuali. Kalau Amanah berkecuali, usul itu akan ditolak juga.

Sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10158883910599168&id=721134167