Cetak kalimah Allah pada pakaian tidak senonoh, jenama fesyen Australia dikecam

Cetak kalimah Allah pada pakaian tidak senonoh, jenama fesyen Australia dikecam

Tular di media sosial mengenai sebuah Festival Fesyen Melbourne, di mana jenama pakaian streetwear Australia telah bertindak biadap dengan mencetak kalimah Allah pada baju yang diperagakan di pentas fesyen tersebut baru-baru ini.

Kalimah Allah

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh seorang blogger fesyen muslim di TikTok, Jenama Not A Man’s Dream, telah memparagakan dua reka bentuk pakaian dengan menampilkan seorang model memakai ‘jumpsuit’ tanpa lengan dalam fabrik lut sinar dipenuhi tulisan Arab bertulis Allah.

Di samping itu, rekaan itu juga menyerupai pakaian wanita muslim kerana bahagian leher dan kepala model berkenaan turut ditutup dengan fabrik yang sama.

Dalam pada itu, dia yang kesal melihat rekaan terbabit meluahkan rasa marah sehingga mendapat perhatian pelbagai agama.  Malah, menurut wanita dikenali sebagai Mona Khalifa ini, rekaan itu secara terang-terangan tidak menghormati Islam dan Kristian Arab yang menggunakan perkataan Arab untuk Tuhan.

Menjengah ke ruangan komen pada video berkenaan, rata-rata wargamaya bengang melihat rekaan terbabit selain mengucapkan terima kasih kepada Mona Khalifa kerana bersuara dan mewakili mereka.

Bagaimanapun, Festival Fesyen Melbourne dan pereka fesyen itu telah mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka serta menyatakan tidak berniat untuk tidak menghormati sesiapa.

Video

@monakhalifaxo_

@BABY BILLIONAIRE @Melbourne Fashion Festival i am disgusted that anyone would think this is okay?? Beyond disrespectful and disgusting! #fyp #fypシ #melbournefashionweek

♬ original sound – Monakhalifaxo