Wanita kecewa suami lebihkan keluarga mentua, anak saudara berbanding isteri dan anak sendiri

Wanita kecewa suami lebihkan keluarga mentua, anak saudara berbanding isteri dan anak sendiri

 

Duit raya memanglah bukan wajib tapi jangan lebihkan anak orang lain berbanding anak sendiri.

Siapa sahaja tidak kecewa apabila suami melebihkan keluarga mentua dan anak saudara berbanding isteri dan anak sendiri.

Seorang wanita tak menyangka si suami sanggup mengeluarkan wang yang banyak untuk diberikan kepada anak saudara dan mak mentua.

Di bawah adalah luahan tersebut yang dimuat naik menerusi satu media sosial.

Aku bukanlah cemburu atau iri hati kerana hubungan aku dan keluarga mentua baik-baik sahaja dan ini adalah sekadar meluah perasaan.

Ini bukanlah pertama kali aku terkilan dengan sikap suami, sepanjang kami berkahwin selama tujuh tahu, tak pernah sekali pun aku dan anak dapat duit raya.

Bukan duit yang aku harapkan tapi sikapnya sangat tidak adil pada keluarga kami sendiri bila libatkan duit raya.

Tahun ini dia bagi duit raya dekat anak buah dia RM50 seorang, bukan sikit ya lebih daripada 10 orang.

Untuk mak dia sebelum Raya sudha bagi, lepas Raya pun bagi lagi. Depan-depan aku diberinya, sikit pun aku rak rasa cemburu dan hanya tersenyum.

Bagi duit untuk beri kepada mak mentua

Kemudian dia hulur dekat aku senyap-senyap RM100, aku baru nak rasa berbunga tapi rupanya dia susruh hulur kat mak dia konon-konon aku bagi duit raya.

Jujur aku nak tahu apa perasaan dia? Tak terlintas ke dekat fikiran dia tentang perasaan aku yang tak merasa duit raya?

Seikhlas hati aku hulur duit dekat ibu mentua, aku pun selalu bagi dekat dia tahun-tahun sebelum ini cuma sekarang peniagaan atas talian aku merosot jadi tak bagi banyak.

Lebih terkilan sebenarnya sebab anak aku hanya mampu melihat bapanya bagi duit dekat anak buah tapi tidak untuk mereka.

Bila aku suruh anak minta, dia kata sudah bagi duit belanja dan belikan macam-macam jadi tak perlu duit raya, kecewa aku dengar.