Ramai kalangan artis lelaki dayus, artis perempuan nusyuz – PU Syed

Ramai kalangan artis lelaki dayus, artis perempuan nusyuz – PU Syed

 

Pendakwah bebas, Syed Mohd. Bakri Syed atau PU Syed, tidak menolak terlalu ramai golongan selebriti bergelar suami dan isteri boleh dilabel sebagai dayus dan nusyuz.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, PU Syed memberi contoh nusyuz apabila isteri dibenarkan berlakon untuk menjayakan babak berpelukan dan berpegangan tangan dengan lelaki lain.

Tambahnya lagi, apabila seorang suami pula reda dengan perbuatan isteri dengan alasan kononnya itu adalah profesion mereka adalah dayus.

“Bila isu rumah tangga artis mula mengambil tempat dalam berita-berita di media sosial, maka masyarakat perlu mengambil iktibar. Dosa pahala tetap berlangsung dan dikira walaupun hanya sekadar lakonan,” tulisnya, memetik portal hiburan Rotikaya.

Perkongsian PU Syed itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju serta menyifatkan ramai yang mengambil ringan tentang perkara tersebut.