Remaja 14 tahun takut cuti sekolah tiba, bapa kandung pegang satu badan siap pesan, “Ada hutang kau kena bayar”

Remaja 14 tahun takut cuti sekolah tiba, bapa kandung pegang satu badan siap pesan, “Ada hutang kau kena bayar”

 

Terpedaya dengan belaian kasih sayang atau kemanjaan mampu membuatkan anak perempuan tidak sedar sebenarnya diri mereka sedang menjadi boneka pemuas keluarga kandung sendiri.

Sejak kebelakangan ini juga, begitu banyak berita haruan makan anak kerap didengari lantas menyesakkan dada kita semua.

Masa masukkan tangan dalam seluar anak, si ayah tak sempat teruskan sebab ibu tiri balik kerja

Tidak ketinggalan, TikTokers Zara Zayne sempat berkongsikan kedukaan mengenai pengalaman menerima laporan jenayah sama.

Difahamkan, seorang remaja perempuan (nama samaran : Seri) mengadu kepada kakaknya bagaimana dirinya mula didekati ayah mereka secara menjijikkan ketika menjalani cuti sekolah.

Bermula dengan sentuhan luaran badan, lelaki terbabit yang dikuasai hawa nafsu jelas-jelas berniat melakukan lebih daripada itu kepada zuriatnya sendiri.

Lepas hantar balik, ayah sempat pesan “nanti balik cuti, ada hutang yang kau kena bayar”

Apabila sesi persekolahan dibuka dan dalam perjalanan dihantar pulang ke asrama, si ayah sekali lagi membuat perkara sama kepada Seri dalam kereta.

Masih berusia 14 tahun, remaja itu tidak mampu melawan dan terpaksa akurkan saja perbuatan terkutuk si ayah.

Paling menakutkan, lelaki ini sempat memberikan peringatan bahawa ‘kerja’ itu bakal disambung pada cuti sekolah akan datang.

Mak ada tapi dah kahwin baru…Hak jagaan anak-anak dapat kepada bapa kandung

Melalui soal siasat polis, rupanya si kakak juga alami perkara sama ketika seusia dengan Seri dulu.

Ini membuatkan dia dan adik keduanya nekad lari rumah membawa haluan sendiri.

Si ayah nampaknya langsung tidak bermuhasabah diri dan kini Seri selaku anak ke-3 pula menjadi sasaran nafsunya.

Daripada kisah ini, Zara berpesan kepada penjaga di luar sana agar berusaha mendidik anak-anak tentang ilmu sentuhan selamat.

@zara_zayne1

Dunia makin rosak tolong adik2 jgn takut . #fyp

♬ original sound – Zara_zayne – Zara_zayne