Selepas kutuk artis 14 tahun tayang jubo, Puteri Balqis dikecam naik kuda pakai ‘dress’ pendek terselak sampai atas

Selepas kutuk artis 14 tahun tayang jubo, Puteri Balqis dikecam naik kuda pakai ‘dress’ pendek terselak sampai atas

 

Pelakon remaja, Puteri Balqis menjadi mangsa kecaman warga maya apabila aksinya menaiki kuda di satu lokasi menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

Dalam video tersebut, Puteri Balqis atau lebih dikenali sebagai Aqish mengenakan baju ‘dress’ berwarna putih dan netizen merasakan ia tidak sesuai digayakan ketika menaiki kuda.

@wazzuptvofficial

Baik betul abang kuda tolong Puteri Balqis 😝 #fyp #fypシ #puteribalqis

♬ Rinduku – Verse – Puteri Balqis

Ini berikutan baju tersebut terselak sehingga menampakkan sebahagian bawah badan pelakon berbakat itu.

Hantaran video itu sekaligus menuai pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya tampil memberi teguran buat Puteri Balqis.

Kata netizen lagi, Aqish juga seolah-olah membiarkan sahaja lelaki menyentuh badannya ketika menaiki kuda tersebut.

Malah ada yang turut menyifatkan perangaipelakon itu ‘2 kali 5’ sahaja dengan sindiran yang dibuat terhadap seorang pelakon remaja yang tular hujung minggu lalu.